REN Separuh Masa (Part-Time) atau Sepenuh Masa (Full-Time)?

Kerjaya REN atau Perunding Hartanah merupakan satu kerjaya yang penting dalam urusan jual beli hartanah. Ramai bakal pelanggan akan mencari seorang REN untuk bantu mereka dalam mencari rumah pertama mereka.

Kerjaya yang puas hati dalam melakar senyuman pada para pelanggan mereka yang berpuas hati dengan transaksi mereka, dan kerjaya yang tiada penghujung pada segi pendapatan (lagi banyak hartanah jual, lagi tinggi pendapatan).

Namun, ada segelintir yang tidak mahu ambil risiko kerana kerjaya seorang REN mengambil banyak masa dan tenaga seorang individu. Tambahan pula, pendapatan seorang REN bergantung pada jumlah transaksi hartanah yang diselesaikan.

Di sini kami akan huraikan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa (part-time) serta kelebihan menjadi REN sepenuh masa (full-time).

 

Kelebihan Menjadi REN Separuh Masa (Part-Time).

Apakah kelebihan menjadi seorang REN separuh masa?

 

1. Boleh Buat Pekerjaan Lain.

Bak kata pepatah ‘sambil menyelam, minum air’, seorang REN separuh masa boleh ambil kesempatan ini untuk menjalankan pekerjaan tambahan yang boleh memberi lebih jaminan pendapatan bulanan dan tiada kesempitan kewangan.

Selain itu, seorang individu boleh menambah pendapatan mereka dengan hasil jualan yang mereka dapat.

 

2. Duit Poket Tambahan.

Denganmelakukan kerjaya REN sebagai separuh masa, seorang individu mampu untuk jana pendapatan sampingan yang banyak melalui transaksi hartanah yang mereka lakukan.

 

Kekurangan Menjadi REN Separuh Masa (Part-Time).

Dalam kelebihan pasti ada kekurangan. Oleh itu kami akan senaraikan beberapa kekurangan menjadi seorang REN separuh masa.

 

1. Sukar Untuk Meluangkan Masa.

Ini kerana seorang REN separuh masa masih mempunyai pekerjaan hakiki mereka yang memerlukan perhatian. Oleh itu, sukar untuk mereka meningkatkan kemahiran REN mereka dengan menyertai kursus-kursus, latihan, atau sesi bersama agensi mereka.

 

2. Kurang Fokus Pada Kerjaya.

Sebenarnya, kerjaya REN perlukan fokus dan disiplin yang tinggi. Dengan melakukan kerjaya REN separuh masa, sukar untuk seorang individu fokus pada kerjaya mereka, dan kemungkinan sukar untuk sertai kelas dan latihan yang disediakan oleh agensi mereka.

 

3. Kehilangan Pelanggan.

Kebiasaannya seorang REN separuh masa hanya ada masa selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu. Hanya pada saat itu mereka dapat meluangkan masa untuk pelanggan mereka yang ingin lakukan viewing dan lain-lain.

Dan tidak semua pelanggan ingin lakukan viewing pada hujung minggu. Apabila seorang REN sukar untuk meluangkan masa untuk pelanggan mereka, maka mereka akan hilang pelanggan.

 

Jadi, kita sudah bincangkan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa. Jom kita lihat kelebihan menjadi seorang REN sepenuh masa!

 

Kelebihan REN Sepenuh Masa (Full-Time).

Seperti kerjaya lain, seorang REN sepenuh masa (full-time) akan dapat memperoleh lebih banyak manfaat dengan memberi fokus yang tulus kepada kerjaya REN.

 

1. Dapat Fokus Penuh Pada Kerjaya REN.

Berbanding melakukan kerjaya REN separuh masa, seorang individu yang menjalankan kerjaya REN sepenuh masa dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya mereka. Ini termasuk menghadiri latihan, kelas, seminar, dan sesi bersama mentor mereka dan agensi mereka.

 

2. Dapat Mencari Lebih Ramai Pelanggan.

Dengan melakukan kerjaya REN sepenuh masa, seorang individu mampu memasarkan diri dan mencari lebih ramai pelanggan. Dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka dan lebih banyak masa yang mereka dapat luangkan bersama pelanggan, seorang REN sepenuh masa dapat menjaga dan menjawab segala soalan dari pelanggan mereka.

 

3. Dapat Bina Networking Untuk Cari Lebih Ramai Pelanggan.

Tidak dapat disangkal lagi, melalui networking, seorang REN mampu mencapai lebih ramai pelanggan. Dengan meluangkan masa bersama pelanggan mereka pada hari-hari biasa berbanding hanya pada hujung minggu, seorang REN sepenuh masa boleh mendapat rekemendasi oleh pelanggan mereka yang berpuas hati dengan profesionalism mereka.

 

4. Dapat Capai Pendapatan Yang Diingini.

Dengan usaha yang menyeluruh sebagai REN sepenuh masa, individu yang berusaha boleh lakukan lebih banyak transaksi. Dan apabila lebih banyak transaksi, maka pendapatan mereka juga akan berlipat ganda.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan untuk kerjaya REN separuh masa dan sepenuh masa. Terletak pada seseorang individu untuk mengecapi kejayaan mereka dalam hartanah. Dengan mengambil jalan untuk menjadi seorang REN sepenuh masa, seorang individu mesti rajin mencari jalan untuk mendapatkan jualan.

 

Berminat untuk menjadi seorang REN? IQI Global merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai lebih dari 18,500 REN serata dunia!

Ingin menjadi REN yang berjaya? Kami pilihan anda. Sertai kami sekarang!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.