Perunding Hartanah (REN) Sebagai Karier Profesional

Terdapat ramai di luar sana yang melihat kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah (REN) ini sebagai kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan dan memang boleh dijadikan sebagai pekerjaan full-time atau karier profesional.

Artikel ini tidak akan sentuh mengenai gaji seorang REN, sebaliknya akan menceritakan mengapa REN ini boleh dijadikan sebagai karier profesional.

 

Apa maksud Perunding Hartanah (REN)?

Perunding Hartanah atau REN (Real Estate Negotiator) merupakan individu yang bekerja di bawah sebuah agensi hartanah, samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).

Perunding Hartanah (REN) merupakan individu penting dalam industri jual-beli hartanah, yang bekerja di bawah pengawasan seorang Een Hartanah berlesen atau REA (Real Estate Agent), tetapi tidak mempunyai kelayakan dan akreditasi penuh seperti Ejen Hartanah (REA) itu sendiri.

Walau bagaimanapun, seorang Perunding Hartanah (REN) masih perlukan lesen dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP.

Jadi untuk memperoleh lesen Perunding Hartanah (REN), individu tersebut mesti melengkapkan kursus dua hari yang dipanggil Kursus Perunding Hartanah atau Negotiator Certification Course (NCC). Individu berminat akan menjalani beberapa asas seperti undang-undang dan peraturan.

 

Bagaimana kehidupan seorang Perunding Hartanah (REN)?

Seperti karier yang lain, seorang Perunding Hartanah (REN) perlu bekerja keras untuk capai matlamat mereka.

Selain itu, seorang Perunding Hartanah (REN) tidak boleh cepat berputus-asa. Karier ini memerlukan mental yang gigih dan jiwa yang tabah. Hal ini kerana beberapa faktor:

  • Gaji tidak menentu.
  • Masa kerja yang panjang.
  • Pasaran yang tidak menentu (ada hari naik, ada hari turun).
  • Pelanggan yang kemungkinan cerewet.

Selain itu, dengan perkembangan teknologi terkini, erunding Hartanah (REN) perlu berusaha untuk mempamer diri di media sosial untuk membina Personal Brand mereka, dan menghasilkan content-content unik yang berlainan dari pesaing-pesaing mereka, demi mencapai jualan yang diinginkan serta menarik perhatian bakal pelanggan.

Walaubagaimanapun, seorang Perunding Hartanah (REN) bekerja mengikut masa tersendiri dan jikalau anda berminat untuk membantu pelanggan dapatkan rumah impian mereka, rasa puas hati itu merupakan satu kejayaan.

 

Bagaimana nak tahu kalau saya sesuai untuk jadi Perunding Hartanah (REN)?

Haaa! Soalan ni ramai sangat dah tanya. Perunding Hartanah (REN) perlu mempunyai kualiti-kualiti diri yang kita kena cermin diri kita. Tanya diri kita dulu soalan-soalan ni:

  • Minat berjumpa dengan orang?
  • Gemar bercerita tentang hartanah?
  • Suka kerja yang fleksibel dan menjadi bos diri sendiri?
  • Suka cabar diri berkenalan dengan ramai orang baru?
  • Suka bantu orang ramai?

Kalau jawapan anda semua “Ya!”, tahniah! Anda sudah lepas fasa yang pertama. Anda mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN). Tunggu apa lagi? Jom kita selami lagi dunia perunding hartanah dan bantu anda, YA ANDA untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN).

 

Bagaimana nak jadi seorang Perunding Hartanah (REN)?

Pertama sekali anda perlu pastikan kelayakan:

  • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
  • Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit.
  • Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.

Kemudiannya, anda perlu tinjau agensi hartanah yang anda ingin sertai. Setiap agensi hartanah berlainan dari segi sistem komisen dan latihan mereka.

Jadi, sebelum membuat apa-apa pilihan, pastikan anda selidik dahulu agensi hartanah yang anda ingin sertai.

Di IQI Global, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada ejen-ejen IQI pada setiap minggu.

 

Selain itu, seorang Perunding Hartanah (REN) wajib berdaftar dengan agensi hartanah dan mempunyai Kad REN yang bernombor pendaftaran seperti ‘REN 17585.’

Anda boleh berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP. Melalui kelas-kelas anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

 

Tapi, saya tak berpengetahuan tentang dunia hartanah.

Jangan risau, anda boleh sertai program-program dan kursus yang disediakan dan akan ada mentor yang akan mengajar anda selok belok industri hartanah.

Dan yang penting sekali, kena RAJIN. Dalam apa jua pekerjaan atau rutin pun, kita kena sentiasa rajin untuk menimba ilmu dan buat sebaik mungkin.

 

Kenapa jadi REN dengan IQI Global?

Jadi, dengan membaca segala yang dibentangkan di atas, tak sukar untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN). Anda cuma perlukan komitmen dan usaha.

IQI Global merupakan sebuah agensi hartanah yang;

  • Bertaraf antarabangsa; dengan lebih dari 15,000 ejen seluruh dunia!
  • Menggunakan teknologi terkini; memudahkan segala transaksi jual beli hartanah.
  • Memberi insentif yang hebat; pelancongan antarabangsa dan kereta mewah!

Yang paling penting, seorang Perunding Hartanah (REN) merupakan satu karier untuk semua. Seperti karier lain, ia memerlukan tumpuan dan komitmen seseorang individu. Selidik dahulu agensi yang anda ingin sertai dan pilih yang terbaik buat anda.

 

Kini masanya untuk anda untuk menjadi seorang REN!

Ada keraguan? Kongsikan bersama kami. Klik link ini, isi maklumat anda dan pihak kami akan hubungi anda dengan segera!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.