Adakah anda berminat untuk menjadi seorang ejen hartanah? Ambil peluang ini dan sertai kami di IQI!
Kenapa sertai kami sebagai ejen hartanah IQI ?
1. Ganjaran dan insentif yang menarik.
Perunding Hartanah yang menyertai IQI ditawarkan ganjaran dan insentif menarik sebagai motivasi dan pendorong untuk menempa kejayaan – seperti ganjaran mewah dalam bentuk kereta BMW, jam tangan Rolex dan pen Mont Blanc.
2. Komisyen dijana pantas.
Melalui sistem pengurusan yang teratur dan kakitangan sokongan yang lengkap dan cekap, agensi IQI dapat menyelesaikan pembayaran komisyen kepada semua Perunding Hartanah kami dalam masa 7 hari bekerja, dari tarikh jualan dimeterai secara rasmi.
3. Latihan professional.
Di IQI, kami sentiasa memastikan semua Perunding Hartanah dilatih secara profesional untuk memiliki ciri-ciri yang bagus dan positif sebagai seorang usahawan dalam kerjaya mereka.
Oleh itu, Perunding Hartanah di IQI dilatih setiap minggu di luar dan juga di dalam talian, untuk meningkatkan ilmu mereka di dalam industri hartanah, serta meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang teknologi dan perkembangan peribadi (personal growth).
Di dalam talian, IQI mempunyai laman web IQI Atlas dan Akademi IQI yang direka oleh pasukan kami sendiri. Laman tersebut mempunyai lebih daripada 40 kursus latihan yang ditawarkan khas untuk perunding-perunding IQI.
4. Mewujudkan platform antarabangsa.
Bermula di Malaysia, agensi IQI mempunyai platform antarabangsa dengan beribupejabat di Malaysia, dan berkembang ke Dubai, Vietnam, Thailand, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, dan Kanada.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang harta tanah dari negara-negara tersebut, yakinlah bahawa Perunding Hartanah IQI kami dapat memberi pertolongan yang lengkap dan memuaskan.
Kini, IQI mempunyai Perunding Hartanah profesional seramai 15,000 orang di Malaysia.
5. Masa depan yang cerah melalui penggabungan Juwai-IQI.
Melalui penggabungan dengan Juwai.com, laman web yang dimulakan dari China yang telah mencapai 3.3 juta pengguna pada setiap bulan dengan 2.8 juta penyenaraian dari 91 negara.
Dari penggabungan Juwai-IQI, ejen-ejen kami akan diberi peluang untuk mencapai pelabur-pelabur hartanah dari China yang ingin membeli hartanah di seluruh dunia.
Tanya diri anda, adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah? Jika ya, sertai kami di IQI!
…
Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com









