Bagaimana Nak Cari Mentor Yang Sesuai Pada Tahun 2023?

Rasanya ramai di antara kita yang ingin mula menapak dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Tapi sebelum kita mula, ada satu benda penting yang patut kita bincangkan – mentor anda.

Apa maksud seorang mentor?

Seorang mentor merupakan seorang yang akan bimbing dan berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dengan harapan kita berjaya dan mampu membina diri kita sendiri.

Penting ke seorang mentor ni? YE, PENTING TERAMAT!

Untuk kita pelajari dan tidak ulangi kesilapan beliau. Selain itu, seorang mentor mampu push kita lebih dari daya kemampuan kita dan agar kita tak buat perniagaan takat suam suam kuku je.

Jadi, apa yang kita perlu cari dalam seorang mentor? Dan mentor bagaimana yang sesuai untuk kita? Jom kita huraikan!

 

1. Fikirkan apa yang anda perlukan

Sebelum mencari seorang mentor, anda perlu tahu dahulu apa yang anda perlukan. Ilmu apa yang anda cari? Kita tidak boleh minta seorang mentor untuk ajar kita A-Z, seeloknya kita ada ilmu sendiri dan seorang mentor akan menjadi tambahan dari apa yang kita sudah tahu.

Contohnya jika anda ingin belajar cara menjual, seeloknya anda patut tahu pasaran sasaran anda terlebih dahulu. Dengan itu, lebih mudah untuk seorang mentor ajar anda bagaimana untuk laksanakan pendekatan perniagaan anda.

 

2. Pengalaman

Seorang mentor yang bersesuaian untuk anda haruslah seseorang yang sudah berpengalaman dan sudah melalui pahit-manis perniagaan mereka. Ini kerana, kalau anda mencari seorang yang berpengalaman sama seperti anda; baru nak menapak, jadi bagaimana proses pembelajaran itu nanti?

Pengalaman mentor tidak semestinya 10 tahun ke atas, ramai juga mentor yang 2-3 tahun tetapi kerana banyak menimba ilmu dari mentor-mentor mereka tersendiri, mungkin sudah berjaya membawa jenama mereka sendiri.

Jadi, carilah seorang mentor yang sudah berpengalaman dan yang boleh berkongsi dengan anda.

 

3. Komunikasi

Ramai mentor yang berjaya dalam bidang pilihan mereka, tetapi tak ramai yang boleh sampaikan ilmu dan pengalaman bagaimana mereka berjaya dengan cara yang berkesan kepada pelajarnya.

Anda perlu mencari seorang mentor yang boleh berkomunikasi dengan cara yang mudah dan difahami. Anda boleh melakukan ini dengan memerhatikan bagaimana dia berinteraksi dengan orang lain.

Adakah mereka menyampaikan perasaan atau idea mereka dengan senang dan bijaksana? Adakah mereka berkomunikasi dengan orang lain dengan rela hati?

Ini adalah sifat penting yang harus dicari bukan sahaja kerana mentor anda dapat berkomunikasi dengan anda dengan berkesan, tetapi juga kerana interaksi akan membantu anda menjadi komunikator yang lebih baik.

 

4. Kerelaan

Ini merupakan point yang penting. Kerana, kalau mentor tidak rela hati untuk membantu kita, masakan beliau meluangkan masa untuk bantu kita?

Risau juga kalau seseorang itu tidak memperuntukkan masa untuk menjawab soalan-soalan kita ataupun sentiasa sibuk dengan hal-hal lain sehinggakan kita diabaikan.

Jadi anda perlu cari mentor yang akan meluangkan dan memperuntukkan masa untuk membantu anda mencapai cita-cita anda.

 

Seorang mentor amat diperlukan kalau anda berminat untuk memulakan perniagaan mahupun karier. Jadi, tidak perlu malu untuk bertanya kerana kalau malu nanti sesat jalan, Waze pun tak boleh bantu.

Dengan menggunakan tips yang disediakan, mudah untuk anda cari seorang mentor yang bersesuaian dengan anda. Selamat maju jaya!

Jangan tunggu lama, kami di IQI Global punyai ramai mentor yang boleh bantu anda dalam dunia hartanah! Jom sertai kami!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.