Jom Jadi Perunding Hartanah di IQI

Kerjaya sebagai Perunding Hartanah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Bayangkan, untuk setiap penjualan rumah, kita dapat menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka. Jualan sebuah rumah membolehkan kita menikmati hasilnya sekitar 3 bulan. Umur bukanlah penghalang untuk kita menjadi seorang Perunding Hartanah.

Jika anda ingin ceburi kerjaya sebagai Perunding Hartanah, eloklah baca artikel ini sebagai panduan tentang skop kerja dan kelebihan menjadi ejen hartanah.

 

Skop kerja Perunding Hartanah ketika berurusan dengan pemilik hartanah:

  • Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
  • Membuat pemeriksaan hartanah.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
  • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
  • Memastikan hak-hak pemilik hartanah terjaga.

 

Skop kerja Perunding Hartanah ketika berurusan dengan pembeli hartanah:

  • Membina hubungan baik dengan bakal pembeli.
  • Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
  • Menjalankan rundingan.
  • Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
  • Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.

 

Klik sini dan mulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah di IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!

 

Apakah kelebihan menjadi Perunding Hartanah di IQI?

 

Masa Depan Dalam Kawalan Kita.

Dengan menjadi seorang Perunding Hartanah, masa depan anda terletak di tangan kita sendiri, bukan lagi majikan. Kita bertanggung jawab untuk menentukan hala tuju masa depan kita.

Dengan berusaha 100% sebaik mungkin, kita akan berjaya. Sebaliknya, jika kita tidak berusaha langsung, kita pasti akan gagal.

 

Pendapatan Yang Lumayan.

Sebagai  seorang Perunding Hartanah, kita mempunyai peluang untuk menjada pendapatan yang lumayan dan  tiada batasan. Apabila kita fokus pada perjalanan menuju kejayaan, maka lebih banyak peluang-peluang yang akan kita temui.

 

Pengurusan Masa Yang Fleksibel.

Kita akan dapat menguruskan masa dengan lebih fleksibel apabila menceburi kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah. Apabila tidak terikat dengan waktu berkerja dari 9 pagi hingga 5 petang, kita dapat merancang masa dengan lebih mudah, terutamanya suapaya kita dapat meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.

Namun, walaupun kita haruslah mengurus masa yang fleksibel ini dengan baik dan optimum supaya sebarang kerja atau aktiviti tidak terjejas dan membawa mudarat.

 

Masa Depan Cerah.

Di Malaysia, hartanah akan sentiasa ada permintaan, maka lebih senang hartanah yang kita sedang pasarkan akan terjual. Malah, dengan harga yang semakin meningkat bermaksud jumlah pendapatan yang bakal kita perolehi juga akan turut meningkat!

Bayangkan, dengan jual sebuah rumah, kita dapat menampung perbelanjaan 3 hingga 5 bulan.

 

Kerjaya kita sebagai Perunding Hartanah akan berkembang dengan sendiri, melalui langkah, tindakan dan aktiviti masing-masing. Perjalanan (journey) ini tiada paksaan. Kita boleh tambah pendapatan secara separuh masa atau penuh masa sebagai Perunding Hartanah di Malaysia.

Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi Perunding Hartanah (REN) di Malaysia. Klik disini untuk PART 2!

 

Anda mencari peluang untuk capai kejayaan?
Anda punyai niat untuk tingkatkan kemahiran anda? Mahu menjadi lebih baik dari hari ini?

Nak mengubah haluan kerjaya? Jom ambil peluang ini untuk mencapai kejayaan yang baru untuk anda. Di IQI, kami sentiasa komited untuk memberi pengalaman yang penuh dengan peluang-peluang yang positif.

Tunggu apa lagi? Sertai IQI hari ini!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.