“Awak ada ijazah?” Ini adalah soalan yang sering kali menghantui para pencari kerja. Mana tidak, di zaman yang sangat kompetitif ini, sijil dan ijazah telah banyak dikeluarkan dalam pelbagai bidang pendidikan, dan banyak pekerjaan yang memerlukan ijazah. Ia tidak pelik jika seseorang itu tertanya-tanya jika syarat menjadi Perunding Hartanah (REN) memerlukan ijazah juga.
Setiap orang melalui fasa yang berbeza dalam kehidupan. Mungkin ada di antara anda yang telah mempelajari sesuatu selama bertahun-tahun dan akhirnya menyedari bahawa anda ingin melakukan sesuatu perkara yang lain pula. Ini adalah perkara biasa kerana tidak semua yang dirancang akan menjadi, dan dengan itu pentinglah untuk kita meneroka pelbagai ilmu dan pilihan-pilihan tambahan.
Katakan seseorang bekerja sebagai akauntan selama 10 tahun, tetapi tiba-tiba mendapati diri mereka dahagakan sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang baru.
Dan katakanlah “sesuatu” yang baru itu adalah pekerjaan yang melibatkan industri hartanah. Adakah mereka boleh melakukannya?
Jawapan yang tepat adalah, YA – sudah tentu mereka boleh!
Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui.
- Syarat Kelayakan Menjadi Perunding Hartanah (REN).
- Perbezaan Antara Perunding Hartanah (REN) vs Ejen Hartanah (REA).
- Ijazah yang Boleh Menambah Nilai Seorang REN.
Kelayakan menjadi Perunding Hartanah (REN) Di Malaysia.

- Merupakan penduduk / permastautin tetap Malaysia.
- Mesti memiliki sijil SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kelulusan dan 3 daripadanya adalah kredit.
- Mesti berumur 17 tahun dan ke atas.
- Satu atau lebih daripada kredit mestilah dari subjek Sains, Matematik, Perdagangan atau Perakaunan.
Mengetahui Perbezaan Di Antara Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA).

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat perbezaan di antara Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA).
“Walaupun Individu Perunding Hartanah (REN) bekerjasama dengan Ejen Hartanah (REA), mereka tetap tidak mempunyai kelayakan dan pentauliahan penuh seperti Ejen Hartanah (REA). Walaupun begitu, Perunding Hartanah (REN) masih diberi kredit dengan cara mereka tersendiri dan mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH atau BOVAEP).”
Untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN), anda mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Menghadiri program ‘Kursus Pensijilan Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course, NCC) selama dua hari dan mendapatkan sijil kehadiran kursus tersebut.
- Bekerja dengan sesebuah agensi hartanah sebagai REN di bawah ‘Kontrak Perkhidmatan’ atau ‘Kontrak untuk Perkhidmatan’.
Untuk menjadi Ejen Hartanah (REA), anda mestilah melalui perkara berikut:
- Menghadiri kursus selama dua tahun untuk menerima Diploma dalam bidang Agensi Hartanah yang dikendalikan oleh LPPEH/BOVAEP.
- Lulus latihan industri selama dua tahun dibawah penyeliaan agensi hartanah yang berkelayakan.
- Lulus buku log atau work diary yang telah dinilai dan diluluskan oleh LPPEH/BOVAEP.
- Lulus peperiksaan lisan, di mana mereka akan di interbiu secara mendalam mengenai pengalaman dan mesti mempamerkan pengetahuan komprensif mengenai industri hartanah oleh panel-panel dari LPPEH/BOVAEP.
Ijazah yang Berguna di Dunia Hartanah

Kami faham bahawa jalan untuk memilih kerjaya bukanlah satu pilihan yang mudah kerana tidak semua orang mengetahui apa yang mereka minat dari kecil bahkan mereka yang berada di usia dewasa juga masih tercari-cari apa impian yang ingin dikejar.
Dengan itu, jika anda adalah seorang pelajar yang sedang membaca artikel ini, dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menceburi bidang seni hartanah dan menjadi perunding hartanah, berikut adalah beberapa ijazah yang relevan dan sangat berguna bagi anda untuk memulakan perjalanan anda!
1. Pengurusan Sumber Manusia.
Mengurus dan berurusan dengan orang adalah tugas utama dalam hartanah, jadi ia jelas mengapa ijazah sumber manusia disenaraikan dalam ni.
Ijazah ini juga menekankan betapa pentingnya kepelbagaian dan budaya, iaitu sesuatu yang anda akan berhadapan dengan apabila menjadi Perunding Hartanah (REN).
2. Psikologi.
Psikologi mengajar anda untuk mendalami jiwa dan sifat serta tingkah laku manusia. Ijazah ini adalah sangat bermanfaat kerana dapat membantu anda untuk memahami pelanggan anda dengan lebih baik.
Ia boleh menjadikan anda seorang Perunding Hartanah (REN) yang sangat diingini di kalangan pelangan anda kerana sifat anda yang mampu memahami dan berhubungan dengan mereka akan membuat pelanggan anda merasa lebih selesa bersama anda.
3. Keusahawanan.
Ijazah keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada perniagaan akan tetapi juga melibatkan urusan jual beli dan hubungan sesama manusia. Untuk menjadi peniaga yang baik, anda perlu memiliki ketiga-tiga sifat ini agar orang ramai akan lebih tertarik kepada produk atau perkhidmatan anda.
Sebagai Perunding Hartanah (REN), perkhidmatan merupakan produk anda. Apa yang menentukan sama ada anda dapat menunjukan nilai produk tersebut kepada orang lain adalah dengan sejauh mana anda menunjukkan semangat keusahawanan anda!
…
Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com
