Mencapai puncak pasaran hartanah adalah matlamat setiap REN yang ingin berjaya dalam industri. Sepanjang perjalanan, ada rintangan dan cabaran yang harus diatasi, dan kebanyakan REN mempunyai mentor dari agensi mereka yang dapat membimbing mereka sepanjang perjalanan. Tapi apa tips sales yang seorang REN boleh dapat untuk tingkatkan penjualan mereka?
6 tips sales ini hanya satu bahagian dari keseluruhan yang perlu dipertimbangkan oleh REN untuk memajukan kerjaya dan memajukan perniagaan mereka, mereka harus tingkatkan ilmu mereka serta daya untuk membantu pelanggan mereka.
Jadi, sebagai seorang REN, mestilah anda mahu menawan hati pelanggan dan menjana lebih pendapatan untuk diri anda serta ahli keluarga. Bagaimana cara yang terbaik untuk cipta sales yang lebih tinggi?
Kami ingin kongsikan beberapa tips penting yang anda sebagai REN harus pertimbangkan apabila melakukan promosi, pemasaran, dan panggilan kepada pelanggan anda.
Dengan beberapa tips ni, kami harap anda juga mampu melakar nama anda di antara mereka yang terhebat di dalam industri dan selamat maju jaya!
1. Jangan Terlalu Hardsell.

Cuba bayangkan kalau anda sebagai pelanggan dan sentiasa dipaksa untuk membeli. Anda pun pasti tidak mahu berada dalam situasi tersebut. Jadi tips sales REN pertama adalah jangan hardsell.
Dengan erti kata lain, cara promosi, pemasaran dan panggilan anda harus dengan cara yang lembut dan tidak memaksa. Sebagai seorang REN, tugas anda adalah untuk bantu pelanggan anda buat keputusan yang terbaik demi pelaburan masa hadapan mereka – permudahkan urusan mereka dan ahli keluarga.
Sebagai contoh, posting media sosial anda boleh pelbagaikan seperti menceritakan mengenai kebaikan punyai pelaburan hartanah, bagaimana cara untuk kumpul modal rumah pertama, atau ciri-ciri rumah yang sesuai untuk pembeli rumah pertama.
Melalui cara yang lembut, pelanggan akan lebih selesa berinteraksi dengan anda kerana anda menjual lebih dari sekadar hartanah. Anda menjual kebaikan masa hadapan.
2. Kerja Keras Dan Ikhlas.
Seperti kerjaya lain, tips sales REN juga berkait rapat dengan kerja keras dan keikhlasan. Kerana kedua-dua sifat ini adalah kunci kejayaan seorang REN! Jangan berpura-pura mengetahui semua jawapan apabila anda tidak, kerana dalam industri hartanah, aset terbaik anda adalah reputasi anda.
Seeloknya anda memberitahu jawapan yang ikhlas kepada pelanggan anda dan jikalau anda tidak tahu, terus segera bertanya kepada mentor anda.
Pastikan pelanggan anda mendapat jawapan yang ikhlas dengan pantas.
3. Terapkan Nilai Dalam Penjualan.

Perniagaan berdasarkan masa hadapan seperti hartanah, insurans, dan simpanan memerlukan pendekatan yang berlainan. Jadi, sebagai seorang REN, anda perlu terapkan nilai dalam penjualan.
Pelaburan hartanah bukan sesuatu pelaburan yang murah, jadi pelanggan perlukan kepastian dalam pelaburan mereka. Jadi, biar pelanggan tahu kebaikan yang mereka akan terima apabila melabur dalam hartanah.
Apabila anda dapat menyentuh hati atau soft spot para pelanggan, ianya akan memudahkan anda untuk menawan hati pelanggan untuk mereka membuat keputusan untuk membeli hartanah.
Antara soft spot yang boleh anda terapkan adalah aset untuk ahli keluarga.
4. Sentiasa Bersedia Untuk Membantu.

Sekiranya anda bersedia membantu orang ramai melalui pengetahuan, kemahiran atau kepakaran yang anda milik, anda akan menjadi orang yang pertama dalam fikiran mereka sewaktu memerlukan perkhidmatan profesional atau sebagai rujukan.
Reputasi yang anda bina berdasarkan perkara yang anda lakukan, bukan dengan apa yang anda katakan.
Jadi untuk tips sales REN ini, dengan berkongsi ilmu dan pendapat, anda sebagai seorang REN dapat meningkatkan reputasi anda dan lebih ramai orang akan mengambil khidmat anda.
5. Sentiasa Mendengar Dan Memperbaiki Diri.

Salah satu cara untuk meningkatkan mutu kerjaya anda dan meningkatkan sales anda adalah dengan mengenalpasti jenis kemahiran mana yang anda perlu tambahbaik. Dengan erti kata lain, setiap orang akan lalui saat di mana mereka perlu mempelajari perkara baru yang akan boleh digunakan di dalam kerjaya mereka.
Komen dari rakan kerja, mentor atau pelanggan perlu diambil secara positif untuk anda tingkatkan mutu perniagaan anda dan kebaikan pada masa hadapan.
Selain itu, menjadi pendengar yang baik adalah kunci utama kejayaan sesebuah proses penjualan. Mendengar menunjukkan anda ambil peduli mengenai isu, persoalan, kerisauan dan kehendak seseorang. Melalui proses mendengar luahan pelanggan, ianya dapat membantu anda merangka penyelesaian yang akan disampaikan.
6. Sifat Empati.
Kebanyakan latihan mengenai penjualan adalah mengenai mendapatkan “prospek” untuk melakukan apa yang kita perlukan – tandatangan kontrak, dapatkan jualan.
Tetapi bukan itu sahaja tugas anda. Seorang REN mempunyai tanggung jawab fidusiari utama untuk melayan pelanggan. Apabila anda fokus hanya pada kejayaan anda dan bukan kepada manfaat yang akan diperolehi pelanggan, ia akan menunjukkan belang sebenar anda yang boleh meruntuhkan kepercayaan pelanggan.
Apabila anda membantu dengan objektif untuk memastikan pelanggan mencapai matlamat mereka, anda pasti akan membina kepercayaan. Untuk tips sales REN ini, anda harus wujudkan sifat empati, fahamkan pelanggan dan kejayaan akan menyusul!
Kami berharap dengan mengamalkan 6 tips sales ini, anda juga dapat melakarkan senyuman pada wajah pelanggan anda dan menjadi REN yang hebat dalam industri hartanah! Di IQI Global, kami menyediakan latihan percuma dan punyai ramai REN yang berpengalaman untuk bantu anda dalam kerjaya anda!
…
Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com
