6 Aplikasi dan “Software” Percuma Yang Memaksimumkan Produktiviti REN

Sewaktu Pandemik Covid-19 melanda negara kita, orang ramai diingatkan bagi menyesuaikan diri dengan normal baharu. Aktiviti seperti berkumpul beramai-ramai tidak dibernarkan. Kebanyakkan aktiviti berkumpul ini dilakukan secara online melalui aplikasi Zoom mahupun Google Meet. Arahan ini bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Walaupun mulai pada tahun 2022, aktiviti ekonomi telah dibuka sepenuhnya. Namun begitu, terdapat juga beberapa syarikat menjalankan jadual kerja penggiliran, iaitu beberapa hari bekerja di pejabat, dan sebahagian hari lagi berkeja dari rumah atau “work-from-home”. Ini kerana terdapat aktiviti kerja yang boleh dilakukan dari rumah, dan tambahan pula ia telah menjadi sebati dalam kehidupan.

Industri hartanah merupakan antara sektor yang terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi sewaktu pandemik melanda. REN tidak dapat membawa pelanggan mereka melawat bilik pameran dan tidak boleh berjumpa secara bersemuka bagi urusan jual beli.

Pada ketika itu, terdapat banyak aplikasi dan juga “software” percuma yang dapat membantu REN dalam menguruskan tugasan mereka. Setelah sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, aplikasi dan “software” percuma ini masih kekal relevan untuk digunakan.

Ini merupakan 6 aplikasi dan “software” yang berguna buat anda:

 

1. IQI ATLAS

IQI Atlas merupakan aplikasi yang dilancarkan oleh IQI Global bagi memudahkan urusan REN yang berdaftar dengan syarikat mereka. Ia menyediakan info hartanah terus dari telefon pintar anda. Aplikasi ini memberi maklumat yang mudah bagi REN mengenai projek, penjualan, prestasi REN dan banyak lagi.

Segala informasi dan juga laporan yang terdapat di aplikasi tersebut akan dianalisis bagi menyediakan ramalan mengenai pasaran hartanah pada masa hadapan serta apa yang dapat dilakukan bagi menaik taraf prestasi anda dalam bidang hartanah ini.

 

2. Zoho CRM

Jika anda mencari satu aplikasi yang dapat membantu anda menguruskan pelanggan, Zoho CRM merupakan pilihan yang tepat. Pengguna Zoho CRM bukan sahaja dapat menguruskan maklumat pelanggan dengan mudah malah ia juga menyediakan pelbagai ciri menarik seperti pengurusan projek yang dapat meningkatkan lagi produktiviti REN. Di aplikasi ini, semua maklumat penting bagi seorang REN dapat diakses dengan mudah dihujung jari sahaja.

 

3. Slack

Slack merupakan aplikasi yang membantu para pekerja untuk berkolaborasi dengan mudah pada satu tempat. Ia memudahkan anda untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta segala informasi mengenai tugasan anda boleh didapati di aplikasi ini. Aplikasi Slack ini boleh dimuat turun di semua platform. Oleh itu, anda boleh berkongsi apa sahaja dengan rakan sekerja anda dimana sahaja tanpa sebarang kesukaran.

 

4. Mudah.my

Pada masa kini, ramai yang mahu membaik-pulih rumah dan mengubah suai rumah kerana kita meluangkan masa yang lebih dirumah berbanding di pejabat. Oleh itu, ramai yang ingin suasana yang selesa bagi melakukan pekerjaan mereka. Mudah.my menyediakan pelbagai khidmat dari segi ubah suai, pempaipan, servis pendingin hawa, pembersihan, perkhidmatan pemindahan dan banyak lagi.

Ini merupakan waktu yang tepat bagi menggunakan khidmat-khidmat yang terdapat di mudah.my ini. Selain itu, terdapat juga servis lain yang disediakan oleh mudah.my seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), tutor, perkhidmatan tukang jahit yang dikumpulkan dalam satu aplikasi yang mudah diakses oleh orang ramai.

 

5. Coach.me

Jika ingin mendapatkan khidmat coaching ataupun latihan, Coach.me merupakan aplikasi yang menyediakan latihan spesifik yang sesuai buat anda. Ia dapat membantu anda untuk meperbaiki diri anda kearah yang lebih baik dengan khidmat latihan yang disediakan oleh aplikasi ini. Anda boleh memilih sendiri jenis latihan yang anda mahukan dan mengikut citarasa anda.

Selain daripada itu, walaupun tanpa khidmat seorang jurulatih, anda juga mampu memperbaiki kebiasaan anda dengan informasi bernas dan juga kandungan baik yang terdapat dalam Coach.me profiles.

 

6. Trello

Inginkan aplikasi yang mampu membantu anda menyusun segala tugasan anda dengan kemas, Trello merupakan aplikasi yang sempurna buat anda. Aplikasi ini menyediakan interface yang mudah untuk anda menyusun segala tugasan anda serta dapat melihat perkembangan anda dalam tugasan tersebut. Selain itu, anda dapat menambah ahli lain bagi memudahkan urusan untuk memantau tugasan masing-masing. Ia merupakan aplikasi yang baik bagi memastikan semua orang peka dengan setiap tugasan yang diberi dan dapat diselesaikan tepat pada masanya.

 

Kesimpulannya, 6 aplikasi dan “software” percuma ini pasti dapat membantu menguruskan aktiviti-aktiviti anda sebagai REN. Segala urusan hanya dihujung jari anda, muat turun sekarang.

Sertai kami di IQI harini! Kami menyediakan peluang yang luas buat anda untuk mempraktikkan kemahiran anda serta mempelajari ilmu yang baru mengenai teknologi pada masa kini. Tunggu apa lagi, sertai kami segera!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.