5 Taktik Pemasaran untuk Perunding Hartanah (REN) Tahun 2023

Walaupun pandemik COVID-19 telah dianggap tamat, ada beberapa aktiviti sewaktu pandemik yang lepas telah menjadi norma dalam kehidupan kita. Kini, ramai pemain industri dilihat mengorak langkah baharu untuk beralih kepada pemasaran dalam talian. Perunding-Perunding Hartanah (REN) juga disarankan untuk berbuat sedemikian!

Sebenarnya, pemasaran dalam talian bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perniagaan ketika atau selepas pandemik tamat, malah untuk memudahkan urusan, meningkatkan hubungan (connectivity) terutamanya dengan pelanggan, mengurangkan kos, kekal relevan dengan trend dan banyak lagi!

Ikuti senarai berikut untuk mengetahui taktik pemasaran seorang Perunding Hartanah (REN) yang paling berkesan untuk anda!

 

1. Pementasan Rumah Secara Maya Dalam Talian.

Pementasan rumah (house presentation) adalah antara kaedah pemasaran yang PALING BERKESAN dalam bidang hartanah. Perunding Hartanah (REN) boleh memanfaatkan taktik ini dengan mempamerkan lebih banyak KEKUATAN rumah berbanding kekurangan.

Memandangkan kini komunikasi kontak rapat tidak digalakkan, pementasan rumah yang selalunya dilakukan secara fizikal adalah disarankan untuk dilakukan secara maya. Bukan sahaja para pembeli dapat melihat gambaran rumah yang bakal mereka diami secara maya, malah anda juga boleh menjimatkan kos dari segi reka bentuk dan hiasan untuk rumah fizikal yang kebiasaannya sangat tinggi!

2. Penstriman Langsung (Live Streaming).

Tahukah anda bahawa KREDIBILITI adalah antara aspek penting bagi seseorang Perunding Hartanah (REN)? Klien juga sangat mementingkan aspek ini! Namun, bagaimana anda boleh tingkatkan kredibiliti anda dalam industri yang sentiasa berdaya saing ini?

Jadilah hos atau panel dalam mana-mana program hartanah dan lakukan penstriman langsung untuk dapatkan pendedahan daripada orang ramai dan juga untuk meningkatkan kredibiliti anda dalam industri ini!

Klien anda akan berasa lebih yakin untuk mempercayai anda. Mereka akan lebih cenderung untuk mencari anda sekiranya mereka mempunyai persoalan tentang jual beli hartanah. Inilah peluang untuk anda menukarkan mereka menjadi klien anda!

 

3. Memudahkan Proses Untuk Klien.

Dalam dunia zaman sekarang, KOMUNIKASI EFEKTIF adalah sangat penting! Oleh itu, gunakan bahasa mudah faham yang ringkas kepada klien anda dan pastikan anda bertanya soalan yang betul kepada klien anda agar anda lebih memahami kehendak mereka. Dengan itu, anda boleh memendekkan jangka masa untuk berurusan dengan klien anda.

Ingat, anda perlu pantas dalam industri ini. MASA ADALAH EMAS untuk Perunding Hartanah (REN)!

 

4. Lawatan Fizikal (Property Viewing).

KEPERCAYAAN adalah faktor penarik. Setiap pembeli rumah pastinya mempunyai ciri-ciri kesukaan mereka yang tersendiri. Jadi, kadang-kadang ada antara mereka yang mungkin lebih gemar melihat rumah secara fizikal. Jika klien anda meminta lawatan fizikal, jangan berlengah-lengah untuk membawa mereka melihat rumah tersebut supaya mereka dapat menyelami perasaan mereka jika rumah itu bakal menjadi milik mereka.

Secara tidak langsung, anda akan berhasil mendapat kepercayaan daripada mereka!

 

5. Terokai Kaedah Baharu.

Dalam pemasaran, KREATIVITI dan FLEKSIBILITI adalah satu keperluan. Kalau kita perhatikan syarikat-syarikat yang berjaya di Malaysia, mereka sangat inovatif dalam mengiklankan dan menjual produk. Oleh itu, anda perlu sentiasa memperbaharui dan fikirkan kaedah pemasaran hartanah yang menjadikan anda unik daripada perunding hartanah yang lain.

Ambil tahu tentang teknologi semasa dalam industri hartanah ini dan alat yang anda boleh gunakan untuk bersaing. Pastinya dalam pencarian kaedah baharu ini, anda akan menemui banyak peluang dan kenalan baharu!

Kejayaan tidak datang bergolek kepada anda. Anda perlu berusaha dan kejar kejayaan itu! Kami berharap taktik-taktik pemasaran ini dapat menginspirasikan Perunding Hrtanah agar dapat membantu mereka dalam memasarkan hartanah-hartanah.

 

Anda inginkan peluang untuk memantapkan kemahiran anda? Sentiasa bersemangat untuk menambah kemahiran baharu dalam pemasaran hartanah?

PELUANG TERBUKA untuk anda! Sertai pasukan Perunding Hartanah kami sekarang dengan klik sini dan isi borang. Kami akan hubungi anda dengan segera!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

Kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Tinggalkan komen:

Dapatkan Newsletter dari Kami!

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit.