5 Kemahiran yang Perlu Dimiliki oleh Seorang Perunding Hartanah (REN) – Bhgn 1

Perunding Hartanah (REN) merupakan orang tengah antara pembeli dan juga pemilik ataupun pemaju perumahan. REN memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kualiti hidup pelanggan kerana keutamaan mereka adalah memastikan urusan jual beli berjalan dengan lancar.

Kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah (REN) tidak asing lagi pada masa kini. Oleh itu, bagi memastikan anda manjadi pilihan utama pembeli-pembeli rumah diluar sana, ada 5 kemahiran ini yang harus anda miliki!

 

1. Kemahiran Berkomunikasi.

Perunding Hartanah (REN) harus mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana komunikasi merupakan medium yang penting dalam urusan jual beli hartanah. Komunikasi yang baik bukan sahaja fokus pada percakapan sahaja tetapi ia juga fokus kepada emosi dan situasi pelanggan.

Seterusnya, menyediakan sebuah suasana yang selesa kepada pelanggan juga harus dititikberatkan agar setiap keputusan yag dibuat tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain.

Selain itu, komunikasi bukan sahaja berlaku antara REN dan juga pelanggan, ia juga berlaku sesama rakan REN yang lain serta pihak yang dapat membantu anda untuk mencari pelanggan yang baharu.

Dengan komunikasi yang efektif, semua keputusan yang dibuat akan memperoleh kata putus dengan mudah dan disenangi oleh semua pihak.

 

2. Kemahiran Berunding.

Selain daripada kemahiran berkomunikasi, REN juga digalakkan untuk mempunyai kemahiran berunding kerana proses rundingan sangat penting dalam industri pasaran hartanah.

Kemahiran berunding ini bukan sahaja penting bagi seorang REN malah ia juga penting bagi pelanggan untuk mengetahui cara rundingan yang betul.

Di samping itu, REN juga perlu memastikan pelanggan mereka bersedia bagi segala jenis kemungkinan yang akan terjadi tidak kiralah baik atau buruk.

Di sini, kemahiran berkomunikasi amatlah diperlukan. Kerana, ianya dapat membantu REN tersebut dapat membuat keputusan yang baik berdasarkan nasihat yang diperoleh daripada Ejen Hartanah (REA) mahupun  rakan REN lain yang pakar mengenai isu semasa pasaran hartanah.

 

3. Arif Tentang Lokasi.

Pengetahuan mengenai sesuatu lokasi persekitaran memberikan kelebihan kepada anda sebagai seorang Perunding Hartanah (REN) tersebut. Dengan pengetahuan tersebut, anda dapat memberi cadangan lokasi yang menepati citarasa pelanggan dan juga peluang pelaburan hartanah yang baik bagi mereka pada masa hadapan.

Tambahan pula, anda dapat mengenal pasti lokasi yang sesuai berdasarkan gaya hidup pelanggan anda. Oleh itu, mudah bagi anda untuk mendapat kepercayaan pelanggan anda.

Selain itu, dengan kepakaran anda mengenai sesuatu lokasi, sudah pasti anda harus mengetahui undang-undang dan juga adat budaya di lokasi tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang bertentangan berlaku di sana.

Jadi, anda hendaklah memberikan penerangan dan panduan sebaik mungkin kepada pelanggan anda mengenai lokasi tersebut.

 

4. Pengurusan Yang Baik.

Pengurusan yang baik amat diperlukan bagi anda sebagai seorang Perunding Hartanah (REN), kerana banyak proses yang terlibat dalam sesi jual-beli hartanah.

Dengan kemahiran pengurusan yang mantap, anda akan dapat memastikan semua proses seperti kewangan, guaman dan urusan kertas kerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Tambahan pula, dengan pengurusan yang baik, anda dapat memantau perkembangan anda bagi meluaskan lagi bisnes hartanah.

 

5. Kegigihan.

Dalam industri hartanah, bagi menambah kenalan dan pelanggan, serta memastikan urusan jual beli berjalan lancar, kegigihan adalah satu sifat yang penting perlu ada dalam diri anda sebagai seorang Perunding Hartanah (REN).

Bukan mudah untuk mencapai apa yang diinginkan. Anda mungkin berasa putus-asa dengan situasi yang diluar kawalan anda. Namun dengan kegigihan yang dimiliki, ia memastikan anda akan terus berjuang.

Kegigihan juga membuatkan anda bangkit untuk menambah ilmu dalam bidang hartanah ini.

 

Berminat untuk menceburi bidang hartanah dan menjadi seorang REN?
Daftar sekarang di IQI kerana IQI merupakan pilihan terbaik buat anda!

 


Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com