Author: irealtygroup

  • 6 Tips Sales Untuk Perunding Hartanah (REN)!

    6 Tips Sales Untuk Perunding Hartanah (REN)!

    Mencapai puncak pasaran hartanah adalah matlamat setiap REN yang ingin berjaya dalam industri. Sepanjang perjalanan, ada rintangan dan cabaran yang harus diatasi, dan kebanyakan REN mempunyai mentor dari agensi mereka yang dapat membimbing mereka sepanjang perjalanan. Tapi apa tips sales yang seorang REN boleh dapat untuk tingkatkan penjualan mereka?

    6 tips sales ini hanya satu bahagian dari keseluruhan yang perlu dipertimbangkan oleh REN untuk memajukan kerjaya dan memajukan perniagaan mereka, mereka harus tingkatkan ilmu mereka serta daya untuk membantu pelanggan mereka.

    Jadi, sebagai seorang REN, mestilah anda mahu menawan hati pelanggan dan menjana lebih pendapatan untuk diri anda serta ahli keluarga. Bagaimana cara yang terbaik untuk cipta sales yang lebih tinggi?

    Kami ingin kongsikan beberapa tips penting yang anda sebagai REN harus pertimbangkan apabila melakukan promosi, pemasaran, dan panggilan kepada pelanggan anda.

    Dengan beberapa tips ni, kami harap anda juga mampu melakar nama anda di antara mereka yang terhebat di dalam industri dan selamat maju jaya!

     

    1. Jangan Terlalu Hardsell.

    Cuba bayangkan kalau anda sebagai pelanggan dan sentiasa dipaksa untuk membeli. Anda pun pasti tidak mahu berada dalam situasi tersebut. Jadi tips sales REN pertama adalah jangan hardsell.

    Dengan erti kata lain, cara promosi, pemasaran dan panggilan anda harus dengan cara yang lembut dan tidak memaksa. Sebagai seorang REN, tugas anda adalah untuk bantu pelanggan anda buat keputusan yang terbaik demi pelaburan masa hadapan mereka – permudahkan urusan mereka dan ahli keluarga.

    Sebagai contoh, posting media sosial anda boleh pelbagaikan seperti menceritakan mengenai kebaikan punyai pelaburan hartanah, bagaimana cara untuk kumpul modal rumah pertama, atau ciri-ciri rumah yang sesuai untuk pembeli rumah pertama.

    Melalui cara yang lembut, pelanggan akan lebih selesa berinteraksi dengan anda kerana anda menjual lebih dari sekadar hartanah. Anda menjual kebaikan masa hadapan.

     

    2. Kerja Keras Dan Ikhlas.

    Seperti kerjaya lain, tips sales REN juga berkait rapat dengan kerja keras dan keikhlasan. Kerana kedua-dua sifat ini adalah kunci kejayaan seorang REN! Jangan berpura-pura mengetahui semua jawapan apabila anda tidak, kerana dalam industri hartanah, aset terbaik anda adalah reputasi anda.

    Seeloknya anda memberitahu jawapan yang ikhlas kepada pelanggan anda dan jikalau anda tidak tahu, terus segera bertanya kepada mentor anda.

    Pastikan pelanggan anda mendapat jawapan yang ikhlas dengan pantas.

     

    3. Terapkan Nilai Dalam Penjualan.

    Perniagaan berdasarkan masa hadapan seperti hartanah, insurans, dan simpanan memerlukan pendekatan yang berlainan. Jadi, sebagai seorang REN, anda perlu terapkan nilai dalam penjualan.

    Pelaburan hartanah bukan sesuatu pelaburan yang murah, jadi pelanggan perlukan kepastian dalam pelaburan mereka. Jadi, biar pelanggan tahu kebaikan yang mereka akan terima apabila melabur dalam hartanah.

    Apabila anda dapat menyentuh hati atau soft spot para pelanggan, ianya akan memudahkan anda untuk menawan hati pelanggan untuk mereka membuat keputusan untuk membeli hartanah.

    Antara soft spot yang boleh anda terapkan adalah aset untuk ahli keluarga.

     

    4. Sentiasa Bersedia Untuk Membantu.

    Sekiranya anda bersedia membantu orang ramai melalui pengetahuan, kemahiran atau kepakaran yang anda milik,  anda akan menjadi orang yang pertama dalam fikiran mereka sewaktu memerlukan perkhidmatan profesional atau sebagai rujukan.

    Reputasi yang anda bina berdasarkan perkara yang anda lakukan, bukan dengan apa yang anda katakan.

    Jadi untuk tips sales REN ini, dengan berkongsi ilmu dan pendapat, anda sebagai seorang REN dapat meningkatkan reputasi anda dan lebih ramai orang akan mengambil khidmat anda.

     

    5. Sentiasa Mendengar Dan Memperbaiki Diri.

    Salah satu cara untuk meningkatkan mutu kerjaya anda dan meningkatkan sales anda adalah dengan mengenalpasti jenis kemahiran mana yang anda perlu tambahbaik. Dengan erti kata lain, setiap orang akan lalui saat di mana mereka perlu mempelajari perkara baru yang akan boleh digunakan di dalam kerjaya mereka.

    Komen dari rakan kerja, mentor atau pelanggan perlu diambil secara positif untuk anda tingkatkan mutu perniagaan anda dan kebaikan pada masa hadapan.

    Selain itu, menjadi pendengar yang baik adalah kunci utama kejayaan sesebuah proses penjualan. Mendengar menunjukkan anda ambil peduli mengenai isu, persoalan, kerisauan dan kehendak seseorang. Melalui proses mendengar luahan pelanggan, ianya dapat membantu anda merangka penyelesaian yang akan disampaikan.

     

    6. Sifat Empati.

    Kebanyakan latihan mengenai penjualan adalah mengenai mendapatkan “prospek” untuk melakukan apa yang kita perlukan – tandatangan kontrak, dapatkan jualan.

    Tetapi bukan itu sahaja tugas anda. Seorang REN mempunyai tanggung jawab fidusiari utama untuk melayan pelanggan. Apabila anda fokus hanya pada kejayaan anda dan bukan kepada manfaat yang akan diperolehi pelanggan, ia akan menunjukkan belang sebenar anda yang boleh meruntuhkan kepercayaan pelanggan.

    Apabila anda membantu dengan objektif untuk memastikan pelanggan mencapai matlamat mereka, anda pasti akan membina kepercayaan. Untuk tips sales REN ini, anda harus wujudkan sifat empati, fahamkan pelanggan dan kejayaan akan menyusul!

     

    Kami berharap dengan mengamalkan 6 tips sales ini, anda juga dapat melakarkan senyuman pada wajah pelanggan anda dan menjadi REN yang hebat dalam industri hartanah! Di IQI Global, kami menyediakan latihan percuma dan punyai ramai REN yang berpengalaman untuk bantu anda dalam kerjaya anda!

    Kalau anda berminat untuk jadi seorang REN, sekarang masanya! Dengan hanya RM250 (harga asal RM460), anda juga boleh capai kejayaan dengan team IQI Global yang bertaraf antarabangsa!

    Jangan tunggu lama, masa sangat suntuk! Bertindak sekarang! Klik sini, isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • 5 Ilmu Gempak Seorang Perunding Hartanah (REN) perlu ada!

    5 Ilmu Gempak Seorang Perunding Hartanah (REN) perlu ada!

    Apa maksud kerjaya seorang REN?

    Seorang REN atau Perunding Hartanah merupakan seorang yang memainkan peranan penting dalam urusan jual beli hartanah. Kehidupan mereka yang sibuk mengendali dan mengurus transaksi hartanah orang ramai.

    Ramai yang melihat kerjaya REN ni sebagai kerja yang senang lenang, tapi kebenarannya kerjaya menjadi seorang REN memakan masa yang banyak dan memerlukan fokus serta disiplin seorang individu.

    Apabila anda memilih hartanah sebagai pilihan kerjaya, anda memilih untuk bekerja di industri yang memerlukan pelbagai kemahiran penting untuk berjaya.

    Kami akan senaraikan 5 ilmu yang diperlukan oleh seorang REN agar anda berupaya menakluki industri hartanah!

    Jadi, ilmu apa yang anda perlukan?
    1. Komunikasi yang mantap
    2. Kemahiran mengajar dan membimbing
    3. Penggunaan platform digital
    4. Pengurusan masa
    5. Teknik pemasaran

     

    1. Komunikasi Yang Mantap.

    Komunikasi adalah kunci untuk memuaskan setiap pelanggan iaitu penjual dan pembeli rumah. Seorang REN mesti mempunyai kemampuan dan ilmu untuk menguasai pelbagai saluran komunikasi, menyampaikan maklumat penting secepat mungkin, dan memastikan pelanggan memahami keadaan semasa permohonan mereka setiap masa.

    Pelbagai saluran komunikasi yang berbeza mesti dikuasai kerana setiap orang mempunyai kesukaan yang berbeza untuk berhubung. REN mesti periksa mel suara, e-mel, teks, dan sebagainya dan mesti membalas pantas untuk memastikan tidak ada mesej yang terlepas dan semua persoalan harus dijawab dengan segera.

    Selain itu, komunikasi yang mantap dapat membantu REN berunding di antara pembeli dan penjual. Ini kerana cara komunikasi bergantung kepada REN untuk merundingkan harga terbaik untuk pelanggan mereka.

    Cara seorang REN berkomunikasi boleh menentukan kebolehan dan kejayaan anda dalam transaksi hartanah!

     

    2. Kemahiran Mengajar Dan Membimbing.

    Seorang REN mungkin tidak bekerja di dalam kelas, tetapi sebagai seorang pakar dalam bidangnya, terserah kepada mereka untuk menjawab soalan dan mempersiapkan klien untuk proses membeli atau menjual rumah. Jadi seorang REN memerlukan ilmu untuk mengajar dan membimbing klien mereka dalam transaksi hartanah.

    Perkara yang terasa biasa bagi REN mungkin asing bagi pelanggan, terutamanya jika ini pertama kali mereka menjual atau membeli hartanah.

    Jadi, tugas seorang REN adalah untuk mengajar dan membimbing klien mereka yang menginginkan sebuah rumah untuk kegunaan sendiri mahupun pelaburan.

     

    3. Penggunaan Platform Digital.

    Dengan alaf baru, industri hartanah kian berubah dan penggunaan teknologi menjadi lebih kerap amat diperlukan oleh seorang REN. Kaedah konvensional menjual hartanah bukan lagi hanya satu-satunya cara untuk mendapatkan klien dan penjualan. Lebih ramai pelanggan berpotensi wujud di platform digital yang mencari rumah idaman mereka.

    Dengan menguasai ilmu digital dengan menggunakan platform digital seperi Facebook, Instagram, mahupun YouTube, seorang REN boleh mencapai pelanggan berpotensi yang lebih ramai. Kini terdapat pelbagai kemudahan untuk menggunakan media sosial sebagai alat untuk membantu mencari klien.

    Selain itu, ianya mudah bagi pengguna untuk mencari apa sahaja dalam talian, termasuklah hartanah. Dengan memaparkan gambar yang menarik mengenai hartanah serta kelebihan membelinya, seorang REN boleh mengambil peluang untuk mendapatkan transaksi melalui platform digital.

    Manakala di IQI, penggunaan applikasi Atlas memudahkan seorang REN. Di mana mereka boleh memaparkan listing mereka, menulis content untuk menaikkan nama mereka, dan macam-macam lagi. Segalanya dipermudahkan untuk REN IQI melalui Atlas!

    Anda ingin menjadi seorang REN? Mencari sebuah agensi terbaik untuk anda sertai? IQI pilihan anda! 

     

    4. Pengurusan Masa Yang Cekap Dan Dinamik.

    Pengurusan masa merupakan ilmu yang sangat penting bagi seorang REN untuk pertimbangkan di mana masa mereka dihabiskan setiap hari dan minggu. Oleh kerana REN menetapkan jadual mereka sendiri, ianya merupakan tanggungjawab mereka sepenuhnya untuk menentukan berapa peruntukkan masa diperlukan untuk melakukan akitiviti-aktiviti REN mereka dan selainnya.

    REN melalui jadual harian yang berlainan. Ada hari mereka bertemu dengan pelanggan sahaja, manakala ada hari mereka akan melakukan pengurusan dokumen pelanggan mereka bersama pihak bank.

    Mereka harus tentukan masa mengikut klien, susun masa untuk mempelajari ilmu baru, menyusun dokumentasi sebagai seorang admin, dan menyertai sesi perkongsian oleh rakan REN atau mentor mereka. Hanya melalui pengurusan masa, tugas mudah diselesaikan dan pelanggan kekal gembira!

     

    5. Teknik Pemasaran.

    Memasarkan perkhidmatan hartanah mereka adalah bahagian penting dalam kerjaya REN. Walaupun sokongan syarikat dan sumber daya sering disediakan untuk individu, masih menjadi tugas mereka untuk memasarkan diri mereka secara tempatan.

    Semua REN harus menghabiskan masa untuk mempelajari asas-asas mengenai media sosial, e-mel, dan pemasaran jenama.

    Mereka juga perlu mempelajari strategi pemasaran baru dari masa ke masa, kerana industri ini – seperti industri lain – bergerak pantas dan sentiasa berubah!

     

    Kehidupan seharian seorang REN tidak sama seperti bekerja di dalam sebuah ofis. Malah ia memerlukan disiplin, fokus, dan ketekunan yang tinggi. Jadi ilmu-ilmu yang dikongsi ini perlu diterap dalam seorang REN untuk mereka berjaya dalam kerjaya ini.

    Anda boleh sertai kursus yang sedia ada di mana-mana platform digital oleh pembahas yang lebih berilmu untuk anda pelajari benda baru dan menggunakan teknik-teknik tersebut untuk kegunaan harian anda!

    IQI Global menyediakan latihan intensif serta percuma setiap minggu dan punyai ramai REN berpengalaman untuk bantu anda dalam kerjaya ini!

     

    Ingin mulakan perjalanan anda dalam kerjaya baru yang boleh cabar diri anda?

    Kerjaya REN sesuai untuk anda! IQI Global merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan seluruh dunia!

    Mulakan kerjaya REN anda bersama kami di IQI Global!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Mengapa Anda Harus Anggap REN Sebagai Bisnes Anda Sendiri?

    Mengapa Anda Harus Anggap REN Sebagai Bisnes Anda Sendiri?

    Kerjaya sebagai seorang REN sama seperti seorang usahawan yang perlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Walaupun boleh dilakukan separuh masa, seorang REN masih perlu promosikan diri mereka dan listing mereka untuk menarik perhatian pelanggan.

    Sama seperti mereka yang punyai perniagaan dalam talian, seorang REN harus menggunakan kemahiran digital serta komunikasi untuk capai target jualan.

    Artikel ini akan bincangkan mengapa seorang REN harus anggap pekerjaan REN sebagai perniagaan mereka sendiri.

    Terdapat beberapa asbab, antaranya pendapatan seorang REN berdasarkan jualan, komitmen dan disiplin, pasaran tidak menentu, dan perniagaan dalam dan luar talian.

     

    Apa Maksud Perunding Hartanah (REN)?

    REN merupakan individu yang bekerja di bawah sebuah agensi hartanah samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).

    REN merupakan individu penting dalam industri jual beli hartanah yang bekerja dengan Ejen Hartanah Berdaftar (REA) yang mempunyai lesen, tetapi tidak mempunyai kelayakan dan akreditasi penuh seperti REA itu sendiri.

    Kehidupan harian seorang REN termasuk mencari listing hartanah dan mempromosi hartanah dalam listing mereka. Sesiapa sahaja boleh mulakan kerjaya sebagai seorang REN dan dengan usaha, mereka mampu capai matlamat dan target mereka.

     

    1. Pendapatan Seorang REN Berdasarkan Jualan.

    Bayangkan seorang nelayan yang tidak ke laut untuk mencari rezeki mereka, begitulah juga jika seorang REN yang tidak berusaha untuk mencari para pelanggan untuk menjual hartanah listing mereka.

    Pendapatan seorang REN mengikut kadar komisen mereka peroleh dari hasil jualan hartanah. Bermaksud, tiada transaksi jualan, maka tiada pendapatan, dan sebaliknya.

    Oleh itu, seorang REN harus bekerja keras untuk mendapatkan jualan demi mengais pendapatan yang lebih tinggi.

    Bagaimana seorang REN ingin dapatkan jualan?

    Pelbagai cara boleh dilakukan untuk pemasaran sesebuah listing seorang REN. Dengan menggabungkan cara tradisional dan moden, seorang REN mampu mencapai pemasaran yang lebih luas.

    Abad ini lebih mudah untuk seorang REN melakukan pemasaran yang berada di hujung jari, mudah, murah, dan mampu capai lebih ramai bakal pelanggan.

     

    2. Komitmen Dan Disiplin.

    Kerjaya REN memerlukan komitmen seseorang individu yang ada disiplin yang tinggi dalam menguruskan kerjaya mereka. Hal ini adalah kerana seorang REN perlu lakukan kerja admin, pengiklanan, promosi, perundingan, komunikasi, serta hadiri latihan.

    Jika seseorang individu menjalankan kerjaya REN sekadar suam-suam, sukar untuk mereka capai sasaran jualan dan mencari pelanggan. Ramai yang menyangkakan kerjaya REN hanya sekadar menjual hartanah dan masa yang lain tidak lakukan apa-apa.

    Seorang REN yang berdedikasi akan bekerja sepanjang masa dan akan fikirkan cara-cara baharu untuk mendapat perhatian masyarakat umum demi mencari jualan.

    Tambahan, seorang REN perlu hadiri sesi-sesi latihan untuk pelajari ilmu-ilmu baharu yang boleh bantu perbaiki jualan mereka.

     

    3. Pasaran Tidak Menentu.

    Seperti perniagaan yang lain, perniagaan hartanah turut ada naik turunnya. Jadi seorang REN harus bersiap sedia dengan kurangnya pendapatan dan harus minimakan perbelanjaan mereka sama seperti usahawan-usahawan lain.

    Dalam masa yang sukar, seorang REN harus bijak mengatasi kekurangan serta cari jalan lain untuk hidupkan perniagaan.

    IQI Global catat rekod jualan walaupun Covid-19.

    Dengan pandemik yang melanda negara, kebanyakan perniagaan lalui masa yang sukar dan ramai tidak daapt meneruskan perniagaan mereka, tetapi dengan menggunakan teknologi untuk lakukan transaksi jualan, IQI Global berjaya catat penjualan rekod pada tahun 2021.

    Sertai kami sekarang dan rancang kerjaya anda!

     

    4. Perniagaan Dalam Talian (Online) Dan Luar Talian (Offline).

    Dalam abad kini, usahawan dan perniagaan sudah mula beralih ke platform digital. Dengan menggunakan teknologi dan platform digital, ianya mudah untuk kenali jenis pelanggan serta menjangkau masyarakat umum.

    Penggunaan media sosial untuk perniagaan.

    Seorang REN juga harus mengambil peluang ini dan mahir promosi perniagaan hartanah mereka dalam talian kerana terdapat ramai prospek yang boleh dijadikan pelanggan mereka. Antaranya adalah dengan menggunakan pengiklanan berbayar mahupun LIVE melalui aplikasi media sosial.

    Terdapat pelbagai aplikasi media sosial yang wujud pada masa sekarang dan kebanyakannya adalah percuma. Dengan menggunakan segala platform, ia dapat membantu capai lebih ramai pengguna dan mencari lebih ramai pelanggan.

    Selain itu, seorang REN harus fikir bagaimana untuk capai mereka yang berdekatan seperti jiran tetangga. Dengan menggunakan cara luar talian – bunting, banner dan sebagainya. Seorang REN boleh promosi perniagaan mereka dengan menggunakan dua cara berlainan.

     

    Faktor-faktor di atas adalah sebab mengapa anda sebagai seorang REN harus anggap kerjaya anda sebagai perniagaan anda sendiri. Dengan hasil usaha dan kerja keras, anda mampu untuk membina diri anda dan capai lebih lagi dari kemampuan anda sendiri.

    Ingin mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN tapi tidak tahu bagaimana? Kami di IQI Global boleh bantu anda realisasikan impian itu!

    Klik sini, isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • REN Separuh Masa (Part-Time) atau Sepenuh Masa (Full-Time)?

    REN Separuh Masa (Part-Time) atau Sepenuh Masa (Full-Time)?

    Kerjaya REN atau Perunding Hartanah merupakan satu kerjaya yang penting dalam urusan jual beli hartanah. Ramai bakal pelanggan akan mencari seorang REN untuk bantu mereka dalam mencari rumah pertama mereka.

    Kerjaya yang puas hati dalam melakar senyuman pada para pelanggan mereka yang berpuas hati dengan transaksi mereka, dan kerjaya yang tiada penghujung pada segi pendapatan (lagi banyak hartanah jual, lagi tinggi pendapatan).

    Namun, ada segelintir yang tidak mahu ambil risiko kerana kerjaya seorang REN mengambil banyak masa dan tenaga seorang individu. Tambahan pula, pendapatan seorang REN bergantung pada jumlah transaksi hartanah yang diselesaikan.

    Di sini kami akan huraikan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa (part-time) serta kelebihan menjadi REN sepenuh masa (full-time).

     

    Kelebihan Menjadi REN Separuh Masa (Part-Time).

    Apakah kelebihan menjadi seorang REN separuh masa?

     

    1. Boleh Buat Pekerjaan Lain.

    Bak kata pepatah ‘sambil menyelam, minum air’, seorang REN separuh masa boleh ambil kesempatan ini untuk menjalankan pekerjaan tambahan yang boleh memberi lebih jaminan pendapatan bulanan dan tiada kesempitan kewangan.

    Selain itu, seorang individu boleh menambah pendapatan mereka dengan hasil jualan yang mereka dapat.

     

    2. Duit Poket Tambahan.

    Denganmelakukan kerjaya REN sebagai separuh masa, seorang individu mampu untuk jana pendapatan sampingan yang banyak melalui transaksi hartanah yang mereka lakukan.

     

    Kekurangan Menjadi REN Separuh Masa (Part-Time).

    Dalam kelebihan pasti ada kekurangan. Oleh itu kami akan senaraikan beberapa kekurangan menjadi seorang REN separuh masa.

     

    1. Sukar Untuk Meluangkan Masa.

    Ini kerana seorang REN separuh masa masih mempunyai pekerjaan hakiki mereka yang memerlukan perhatian. Oleh itu, sukar untuk mereka meningkatkan kemahiran REN mereka dengan menyertai kursus-kursus, latihan, atau sesi bersama agensi mereka.

     

    2. Kurang Fokus Pada Kerjaya.

    Sebenarnya, kerjaya REN perlukan fokus dan disiplin yang tinggi. Dengan melakukan kerjaya REN separuh masa, sukar untuk seorang individu fokus pada kerjaya mereka, dan kemungkinan sukar untuk sertai kelas dan latihan yang disediakan oleh agensi mereka.

     

    3. Kehilangan Pelanggan.

    Kebiasaannya seorang REN separuh masa hanya ada masa selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu. Hanya pada saat itu mereka dapat meluangkan masa untuk pelanggan mereka yang ingin lakukan viewing dan lain-lain.

    Dan tidak semua pelanggan ingin lakukan viewing pada hujung minggu. Apabila seorang REN sukar untuk meluangkan masa untuk pelanggan mereka, maka mereka akan hilang pelanggan.

     

    Jadi, kita sudah bincangkan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa. Jom kita lihat kelebihan menjadi seorang REN sepenuh masa!

     

    Kelebihan REN Sepenuh Masa (Full-Time).

    Seperti kerjaya lain, seorang REN sepenuh masa (full-time) akan dapat memperoleh lebih banyak manfaat dengan memberi fokus yang tulus kepada kerjaya REN.

     

    1. Dapat Fokus Penuh Pada Kerjaya REN.

    Berbanding melakukan kerjaya REN separuh masa, seorang individu yang menjalankan kerjaya REN sepenuh masa dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya mereka. Ini termasuk menghadiri latihan, kelas, seminar, dan sesi bersama mentor mereka dan agensi mereka.

     

    2. Dapat Mencari Lebih Ramai Pelanggan.

    Dengan melakukan kerjaya REN sepenuh masa, seorang individu mampu memasarkan diri dan mencari lebih ramai pelanggan. Dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka dan lebih banyak masa yang mereka dapat luangkan bersama pelanggan, seorang REN sepenuh masa dapat menjaga dan menjawab segala soalan dari pelanggan mereka.

     

    3. Dapat Bina Networking Untuk Cari Lebih Ramai Pelanggan.

    Tidak dapat disangkal lagi, melalui networking, seorang REN mampu mencapai lebih ramai pelanggan. Dengan meluangkan masa bersama pelanggan mereka pada hari-hari biasa berbanding hanya pada hujung minggu, seorang REN sepenuh masa boleh mendapat rekemendasi oleh pelanggan mereka yang berpuas hati dengan profesionalism mereka.

     

    4. Dapat Capai Pendapatan Yang Diingini.

    Dengan usaha yang menyeluruh sebagai REN sepenuh masa, individu yang berusaha boleh lakukan lebih banyak transaksi. Dan apabila lebih banyak transaksi, maka pendapatan mereka juga akan berlipat ganda.

    Berikut adalah kelebihan dan kekurangan untuk kerjaya REN separuh masa dan sepenuh masa. Terletak pada seseorang individu untuk mengecapi kejayaan mereka dalam hartanah. Dengan mengambil jalan untuk menjadi seorang REN sepenuh masa, seorang individu mesti rajin mencari jalan untuk mendapatkan jualan.

     

    Berminat untuk menjadi seorang REN? IQI Global merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai lebih dari 18,500 REN serata dunia!

    Ingin menjadi REN yang berjaya? Kami pilihan anda. Sertai kami sekarang!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Kehidupan Harian Sebagai Seorang REN

    Kehidupan Harian Sebagai Seorang REN

    Seorang REN atau Perunding Hartanah (REN) merupakan seorang yang memainkan peranan penting dalam urusan jual beli hartanah. Kehidupan mereka yang sibuk mengendali dan mengurus transaksi hartanah orang ramai.

    Ramai yang melihat kerjaya REN ni sebagai kerja yang senang lenang, tapi ini kerana seorang REN bekerja pada masa mereka tersendiri.

    Artikel ini bertujuan untuk kongsi kehidupan harian seorang REN dan menjawab soalan khalayak ramai mengenai kerjaya seorang REN.

    Antaranya mencari listing hartanah, merancang pemasaran untuk listing, bertemu pelanggan dan lakukan viewing, melakukan kerja admin, dan latihan dan perbincangan bersama rakan REN dan agensi.

     

    1. Mencari Listing Hartanah.

    Listing hartanah adalah unit-unit hartanah yang diperoleh daripada pemilik. Hartanah ini diamanahkan kepada REN untuk dijual ataupun disewa. Sebelum unit hartanah ini diiklankan, ejen hartanah perlu mendapat kebenaran dan lantikan dari pemilik.

    Listing ni pula datang dari mana? Pelbagai cara untuk seorang REN mendapatkan listing mereka. Antara cara paling mudah adalah melalui marketplace. Dalam alaf digital kini, marketplace terdapat merata-rata antaranya di laman portal atau melalui media sosial.

    Satu tips untuk mencari listing melalui marketplace adalah untuk mencari posting yang lama. Ini kerana kemungkinan besar hartanah ini mempunyai kesukaran untuk dijual dan seorang REN yang menghubungi tuan hartanah boleh berusaha untuk mengiklankan dan menjual hartanah tersebut.

     

    2. Merancang Pemasaran Untuk Listing.

    Pelbagai cara boleh dilakukan untuk pemasaran sesebuah listing seorang REN. Dengan menggabungkan cara tradisional dan moden, seorang REN mampu mencapai pemasaran yang lebih luas.

    Abad ini lebih mudah untuk seorang REN melakukan pemasaran yang berada di hujung jari, mudah, murah, dan mampu capai lebih ramai bakal pelanggan.

    Tetapi, masih ramai yang gemar melihat hartanah secara fizikal, jadi dengan menggunakan perkhidmatan banting, banner, risalah, dan lain-lain, seorang REN boleh menggunakan cara pemasaran sebagai senjata mereka untuk mencari sesuap nasi.

    Untuk menggunakan strategi ini dengan lebih padu, seorang REN perlu pandai utamakan hartanah yang perlukan cara tradisional atau moden. Tidak semua hartanah boleh digunakan dengan cara tradisional dan lebih efektif dengan pendekatan moden.

     

    3. Bertemu Pelanggan Dan Lakukan Viewing.

    Ini merupakan proses penting harian paling penting bagi seorang REN iaitu sesi viewing bersama pelanggan mereka. Proses viewing ini boleh jadi deal maker atau breaker sebuah transaksi.

    Selain dari membersih dan mencantikkan sebuah hartanah, seorang REN perlukan cara komunikasi yang hebat untuk pastikan seorang pelanggan tertarik dengan hartanah yang mereka persembahkan.

    Proses viewing ini boleh dilakukan bersama tuan hartanah ataupun tidak. Untuk melancarkan proses transaksi, seorang REN boleh berunding dengan tuan hartanah untuk harga yang menepati citarasa pelanggan.

    Seorang pemilik hartanah boleh hubungi seorang REN untuk menjual atau menyewakan hartanah mereka. Seorang REN harus cuba yang terbaik untuk pastikan kehendak seorang pemilik tercapai.

     

    4. Melakukan Kerja Admin.

    Selepas mengiklan, mempromosi, dan berunding dengan pelanggan, seorang REN perlu pastikan kertas kerja mereka kemas dan teratur. Kerja admin seperti pengarangan kontrak, draf pajakan, penghantaran dan menyusun fail, serta menjawab email dan menjawab pertanyaan pelanggan berpotensi.

    Dengan pastikan kertas kerja seorang REN teratur, ianya dapat membantu melancarkan kerja serta proses pembayaran mereka. Selain itu, seorang REN akan bekerja dengan ahli bank, pemaju, dan ahli guaman untuk transaksi hartanah.

     

    5. Latihan Dan Perbincangan Bersama Rakan REN dan Agensi.

    Sebagai seorang REN ianya penting untuk melalui latihan demi pelajari ilmu-ilmu baharu dan mengukuhkan ilmu mereka yang diteraskan. Ini kerana kerjaya seorang REN berubah mengikut peredaran zaman.

    Seperti contoh cara pengiklanan 10 tahun dahulu tidak sama seperti cara pengiklanan hari ini. Oleh itu, latihan diberi membantu REN untuk melakukan pengiklanan dan urusan jual beli hartanah.

    Perbincangan bersama REN dan agensi pula berlaku untuk menetapkan matlamat dan bantu memana REN yang ada masalah dengan urusan perniagaan mereka. Di sini seorang mentor atau ketua akan memberi dorongan kepada mereka yang masih baharu agar mereka tidak mengalah.

     

    Beginilah kehidupan harian seorang REN. Ianya nampak mudah tapi pelbagai yang perlu dilakukan oleh seorang REN untuk pastikan pendapatan mereka lumayan dan usaha mereka membuahkan hasil!

    Berminat untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang REN? Serlahkan potensi anda dengan sertai syarikat hartanah terbesar Asia, IQI Global!

    Klink link ini, isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • 6 Sebab Mengapa IQI Merupakan Pilihan Terbaik Seorang REN

    6 Sebab Mengapa IQI Merupakan Pilihan Terbaik Seorang REN

    Mengapa Kerjaya REN Mampu Ubah Dunia ?

    Adakah anda seorang REN? Atau anda berminat untuk menjadi seorang REN? Mencari sebuah platform yang menguntungkan? Kami sini ingin menceritakan kepada anda mengapa IQI patut jadi pilihan bukan sahaja anda, tapi REN di serata negara.

    Kenapa? Kerana apabila memilih sebuah syarikat atau platform untuk memulakan kerjaya, ianya amat penting untuk mencari sebuah platform yang mempunyai kemampuan untuk melangkaui sempadan dan mencabar anda.

    Nak berkembang pun kita kena tengok platform yang kita pilih. Adakalanya kita rasa macam kita dah buat habis baik, tapi platform yang kita pilih salah. Oleh itu, pilih platform yang terbaik!

    Dalam berbagai agensi hartanah yang wujud di luar sana, kami ingin senaraikan lima sebab mengapa IQI patut jadi pilihan anda jikalau anda seorang REN. Visi IQI, pembayaran komisen pantas, rangkaian yang besar, mentor-mentor yang hebat, bertaraf antarabangsa, dan penggunaan teknologi moden.

    Tanpa melengahkan lagi masa, jom kita ketahui lima asbab mengapa IQI patut jadi pilihan anda!

     

    1. Visi IQI.

    Apa yang buat visi IQI ni sesuai untuk semua REN? IQI pastikan semua ejen sentiasa dipantau untuk pastikan mereka memenuhi kehendak industri.

    “We Enjoy Life” sambil bekerja keras untuk mencapai impian, IQI memberi ganjaran kepada ejen-ejen mereka yang berjaya capai sasaran mereka, dan akan terus bantu ejen-ejen agar mereka berusaha lebih lagi untuk mencapai impian mereka!

     

    2. Pembayaran Komisen Pantas.

    IQI merupakan syarikat yang membayar ejen mereka terpantas. Dalam masa 7 hari sahaja! Jadi bayangkan kerja keras dan usaha anda membuah hasil dalam masa seminggu sahaja. Dapat menikmati komisen bersama ahli keluarga dan mereka yang tercinta.

     

    3. Rangkaian Besar.

    Sebagai seorang REN membuat rangkaian atau connections tu sesuatu yang penting kerana pelanggan prospek mungkin dari mereka yang kita tidak kenali dan cara untuk kita kenali mereka adalah dengan melakukan perangkaian.

    Selain itu, IQI punyai lebih dari 18,500 ejen seluruh dunia! Bayangkan berapa ramai yang anda boleh berkenalan dan lakukan rangkaian perniagaan! Ramai tu.

     

    4. Mentor-Mentor Yang Hebat.

    Dengan REN yang berpengalaman serata dunia, IQI menjalankan beberapa sesi bersama mereka-mereka ini melalui aplikasi atas talian seperti Zoom dan Facebook Live. Dari situ para REN baharu dan lama dapat timba ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman.

     

    5. Bertaraf Antarabangsa.

    IQI Global merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dan punyai pejabat-pejabat seluruh dunia seperti di Australia, Dubai, Canada, Vietnam, dan terpaling baharu di Portugal!

    Para REN turut boleh melakukan transaksi antarabangsa dengan menjual hartanah luar negara.

     

    6. Penggunaan teknologi moden

    Atlas, sebuah aplikasi ciptaan IQI Global, membawa maklumat hartanah yang tepat dan terkini terus ke telefon para ejen, pembeli dan pelabur kami.

    Para ejen dapat menggunakan platform ini sepenuhnya dengan mengeluarkan listing mereka, menulis content untuk mendapatkan pelanggan, dan macam-macam lagi!

    Aplikasi ini boleh digunakan melalui telefon pintar atau komputer. Dengan menggunakan Atlas, para ejen akan mendapat kad perniagaan digital mereka yang boleh diberi kepada pelanggan, rakan-rakan dan ahli keluarga melalui URL link! Dahsyat tu!

     

    Sekarang anda dah tahu kenapa REN atau mereka yang ingin menjadi seorang REN patut sertai IQI. Dengan semua yang disenarai, mana yang paling menarik perhatian anda?

    Pilih yang terbaik untuk anda, masa depan anda, dan kerjaya anda!

    Sertai IQI sekarang dan mulakan perjalanan kerjaya anda sebagai REN!
    Klik sini utk isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • 5 Tips Untuk Merancang Karier Anda!

    5 Tips Untuk Merancang Karier Anda!

    Dalam zaman yang proaktif, setiap yang kita lakukan perlu perancangan yang teliti agar kita dapat pandu diri kita kehadapan dan capai impian kita. Termasuklah perancangan karier seseorang.

    Perancangan karier merupakan satu aktiviti yang bagus untuk dilaksanakan. Bila dilakukan dengan teratur dan kemas, mereka mampu susun atur pergerakan karier mereka dan capai pangkat tinggi pada umur yang muda.

    Walaupun begitu, ramai yang tidak berani dan takut untuk rancang karier mereka kerana dengan kenaikan pangkat maksudnya lebih banyak tanggungjawab dan kerja. Tapi kami ingin memberitahu anda yang perancangan karier bukan sesuatu yang anda perlu risaukan, malah ia bagus untuk kita – masa depan kita.

    Antara cara-cara untuk merancang karier anda adalah dengan luangkan masa, nyatakan minat, keperluan & keinginan, catat pencapaian & fikir bagaimana untuk naiktaraf, tetapkan matlamat karier anda, dan pertimbangkan faktor lain.

    Oleh itu, ayuh kita mendalami 4 tips untuk merancang karier anda!

     

    1. Luangkan Masa.

    Ramai orang kata yang kita perlu ‘cari masa’. Tapi untuk perbetulkan kenyataan itu kita perlu ‘luangkan masa’ (make time) atau ‘peruntukkan masa’ (allocate time). Apa perbezaan luangkan masa dan bukan cari masa? Ini kerana setiap orang punyai masa yang sama 24 jam sehari.

    Tapi hanya mereka yang proaktif akan sentiasa luangkan masa mereka untuk orang yang tersayang, minat mereka, hobi mereka, bisnes mereka dan mesyuarat-mesyuarat yang mereka ada.

    Kalau anda perlu cari masa sebagai orang yang sentiasa sibuk, anda memang tidak akan jumpa sebarang masa yang lapang. Oleh itu, anda perlu luangkan masa di antara celah-celah kesibukan yang anda alami. Selit 30 minit untuk rancang karier anda dalam jadual yang sibuk sudah cukup untuk anda fikirkan next game plan.

     

    2. Nyatakan minat, keperluan dan keinginan.

    Sediakan sebuah senarai dan nyatakan minat, keperluan dan keinginan untuk rancang karier anda. Jangan lupa untuk fokus lebih pada keperluan dan bila ada kelebihan baru boleh melihat keinginan.

    Lebih baik simpan untuk masa akan datang dari berbelanja awal dan hilang segalanya pada masa hadapan.

    Jadi, kenapa anda perlu nyatakan minat anda? Ini kerana minat anda akan dorong anda untuk berusaha lebih demi mencapai matlamat karier anda. Love what you do, do what you love.

    Apabila anda sudah senaraikan dan nyatakan minat, keperluan, dan keinginan anda, ia menjadi lebih mudah untuk anda tetapkan sasaran anda pada masa akan datang – setahun dan lebih. Sentiasa ingat untuk dahulukan keinginan, kemudiannya keperluan.

     

    3. Catat pencapaian anda, dan fikir bagaimana untuk naiktaraf.

    Kita patut berbangga dengan pencapaian kita, tapi jangan kita berpuas hati dengan pencapaian tu kerana banyak lagi yang boleh kita terokai untuk jadi lebih baik dari dahulu.

    Tujuan kita mencatat pencapaian kita adalah untuk memaklum majikan kelayakan kita untuk dinaikkan pangkat atau diberi penghargaan. Selain itu, dengan pencapaian kita yang dicatat, mudah untuk kita mencari majikan baharu, lonjak tangga karier kita, dan rancang karier kita untuk masa akan datang.

    Jadi, bagaimana untuk naiktaraf diri kita dan capai lebih lagi? Antaranya dengan perhatikan orang sekeliling kita dan pelajari ilmu baharu dari orang yang lebih berilmu. Selain dari itu, buat penyelidikan mengenai kerja yang kita lakukan, dengan itu kita boleh tahu area mana untuk naiktaraf.

     

    4. Tetapkan matlamat karier.

    Apabila kita dah jumpa minat kita dan kita memang bertekad untuk lakukan yang terbaik dalam karier ni, kita kena ada matlamat tahap mana yang kita ingini tidak lama lagi. Adakah kita akan menjadi seseorang yang berpangkat rendah sehingga bila-bila? Semestinya kita mahu menjadi seorang bos dan merangkul pangkat yang memberi gaji lumayan.

    Seperti mana kita mulakan hidup kita, semakin kita meningkat usia, pastinya kita ingin menambah komitment kita. Dan cara untuk berbuat begitu adalah dengan menerima kewangan yang lebih besar. Jadi dengan menetapkan matlamat karier kita, kita boleh usaha untuk capai peringkat itu.

     

    5. Pertimbangkan faktor lain.

    Anda harus mempertimbangkan faktor di luar pilihan peribadi ketika merancang karier anda. Apakah permintaan semasa untuk bidang ini? Sekiranya permintaan rendah atau masuk sukar, adakah anda selesa dengan risiko? Apa kelayakan yang diperlukan untuk memasuki bidang ini? Adakah ia memerlukan pendidikan atau latihan tambahan? Kumpulkan nasihat daripada rakan, rakan sekerja, dan ahli keluarga. Pertimbangkan kemungkinan hasil dan halangan untuk setiap pilihan terakhir anda.

    Mulakan dari sekarang untuk rancang karier anda dan kalau anda tidak terfikir, ambil masa ini untuk rancang karier anda. Tidak terlambat lagi untuk anda ketahui hala tuju dalam karier anda.

    Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!

     

    Berminat untuk mencari karier yang boleh anda rancang untuk masa depan anda?

    Mencari karier yang anda boleh pelajari ilmu baharu dan menjadi bos sendiri? IQI jawapan yang anda cari!

    Klik link ini, isi maklumat anda dan kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Mengapa Kerjaya REN Boleh Ubah Dunia

    Mengapa Kerjaya REN Boleh Ubah Dunia

    Seorang pembantu ejen harta tanah (REN) merupakan kerjaya yang penting dalam urus niaga hartanah. Ramai yang tidak tahu bagaimana seorang REN menjalankan kerja mereka dan bagaimana karier mereka ini dapat ubah dunia. Antaranya cara komunikasi yang terbaik, cara layan pelanggan, menjadi tiang komuniti, dan penetapan visi dan misi yang utuh.

    Tertanya bagaimana? Jom kita fahamkan bagaimana kerjaya REN ni mampu ubah dunia!

     

    Cara Komunikasi Terbaik

    Setiap REN akan berkomunikasi dengan baik terhadap pelanggan mereka. Dengan cara percakapan yang manis dan memujuk, cara ini juga dapat ubah dunia ke arah yang lebih baik kerana sukar orang nak tersinggung dan terasa hati.

    Dengan niat mereka untuk menceriakan, membantu, dan mencari rezeki, mereka akan tetap berkomunikasi dengan baik untuk pastikan pelanggan terima layanan yang terbaik dan pulang dengan senyuman. Selain itu, mereka akan pastikan pelanggan mereka memahami proses-proses sebelum memiliki sebuah hartanah tersendiri. Tambahan, seorang REN akan cuba sedaya upaya untuk memberi pandangan dari sudut berlainan untuk manfaat pelanggan mereka.

    Kadang-kala ada masanya seorang REN akan berhadapan pelanggan yang ‘sukar’, tetapi mereka tetap akan berkomunikasi dengan cara yang sopan dan baik, serta menurunkan ego mereka dengan harapan dapat menang hati pelanggan. Ini kerana seorang REN perlukan mentaliti usahawan yang berjaya untuk meneruskan pekerjaan mereka.

    Jikalau setiap orang di dunia ini mampu mengawal amarah, belajar untuk menurunkan ego, berikan tumpuan, dan berkomunikasi dengan baik, rasanya itu akan dapat bantu ubah dunia ini untuk menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua.

     

    Layanan Pelanggan A+

    Kenang balik saat diberi layanan VVIP sewaktu membeli-belah. Mesti takkan lupa layanan dan orang yang melayani kita. Sebab apa? Sebab dia berikan yang terbaik dan pastikan kita berpuas hati sepanjang transaksi.

    Begitulah juga seorang REN yang bertanggungjawab. Mereka akan pastikan sesiapa yang ingin mencari hartanah atau kediaman idaman terima hanya yang terbaik. Jaranglah orang nak jual rumah ibarat tongkang pecah.

    Hartanah merupakan satu pelaburan yang boleh dibawa hingga ke anak cucu. Oleh itu, seorang REN akan pastikan pelanggan tidak hanya melihat hartanah dari satu sudut, malah mereka akan membimbing serta memberi pendapat mereka agar pelanggan meraih keuntungan di masa akan datang.

    Terdapat ramai di bidang ini yang hidup untuk melihat pelanggan mereka tersenyum dan menikmati pengalaman keluarga pelanggan dari masa ke masa, dan saling terkait dalam kalangan pelanggan sebagai penasihat yang dipercayai.

     

    Tiang Komuniti

    Banyak syarikat serta REN yang ingin memberi balik kepada komuniti yang sudah sekian lama sokong mereka melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), termasuklah menjadi sukarelawan.

    Ramai yang akan menganggap ini sebagai peluang untuk membina nama, tapi ironinya lebih ramai individu yang pemurah merupakan mereka yang berada di tangga teratas.

    IQI Global merupakan sebuah syarikat yang mengambil berat tentang hal ehwal kakitangan mereka, dan cuba sedaya upaya untuk membantu lebih ramai lagi.

    Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh IQI Global termasuklah membina sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim, larian amal Love Run yang dianjurkan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan, dan kempen derma darah IQI Global.

     

    Misi dan Visi Yang Utuh

    Sebagai sebuah syarikat, mahupun individu, setiap orang pasti ada misi dan visi yang utuh yang mereka akan tetapkan sebagai panduan. Seorang REN akan letakkan keutamaan mereka dengan tetapkan visi dan misi mereka. Ini kerana tugas utama seorang REN adalah untuk menjana wang, untuk diri dan ahli keluarga mereka.

    Bayangkan, jikalau tiada misi dan visi, tidakkah kerjaya itu kehilangan makna dan arah? Itulah sebabnya mengapa banyak syarikat mempunyai misi dan secara jelas menyatakan fokus, dan motivasi mereka. Termasuklah cara-cara ingin menyumbang dan mengubah dunia ini.

    Bagaimana pula dengan kerjaya REN? Jangan sangka bahawa seorang REN tidak mampu ubah dunia, dengan misi dan visi yang jelas dan lebih besar, yang mustahil pun boleh capai!

    Jadi, bagaimana untuk tetapkan sebuah misi? Mulakan dengan “mengapa”, jelaskan apa yang menjadikan syarikat anda istimewa, kemudian sebutkan produk atau nilai anda, dan “bagaimana” anda merancang untuk mencapai tujuan tersebut. Misi penting untuk meningkatkan semangat anda dan mencari orang untuk bekerjasama semasa anda menubuhkan pasukan anda.

    Akhirnya, misi membantu anda mengekalkan budaya pasukan anda, untuk orang kenali anda, dan pegangan anda yang kukuh serta pemahaman yang jelas bagaimana anda akan mengubah dunia serta kehidupan orang lain.

     

    Seperti misi IQI, sebuah syarikat teknologi hartanah: “Perniagaan, nilai dan hasil tidak dapat dipisahkan. Nilai menginspirasi kepercayaan, kepercayaan membina hubungan dan hubungan mendorong pertumbuhan. Berusaha untuk menjadi syarikat pelaburan dan perundingan hartanah yang terkemuka – mencapai tahap antarabangsa.”

    IQI ingin memperbaiki cara industri hartanah yang beroperasi secara tradisional untuk memenuhi keperluan dunia yang berubah ke arah digital, dengan membantu orang ramai capai impian mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

    Kerana misi ini, IQI kini banyak membantu mencapai impian mereka untuk membeli rumah dengan platform teknologi yang hebat!

    Kini dengan kempen #BeTheChange, anda juga boleh ubah dunia dengan mengambil langkah pertama kerjaya sebagai seorang REN di IQI Global.

    Mengapa kami? Kami merupakan syarikat hartanah bertaraf antarabangsa dan terbesar di Asia. Serlahkan potensi anda bersama kami, sertai kami sekarang!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN) vs Ejen Hartanah (REA). Apa Beza Mereka?

    Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN) vs Ejen Hartanah (REA). Apa Beza Mereka?

    Terdapat dua kerjaya profesional yang mainkan peranan penting apabila berdiskusi tentang industri hartanah. Mereka adalah Ejen Hartanah (REA) dan Pembantu Ejen Hartanah (REN) atau dikenali juga sebagai Perunding Hartanah (REN).

    Tapi, sering kali khalayak ramai keliru antara kedua-dua mereka ni. Yang membezakan mereka adalah Tugas Yang Berlainan, Tag Pendaftaran, dan Proses Kelayakan.

    Artikel ini bertujuan untuk membezakan karier profesional REA dan REN. Dengan harapan lepas ni kalau ada sesiapa tanya, kita boleh jawab no hal punya. Tanpa melengahkan masa, kita senaraikan perbezaan mereka.

    Sebelum itu, jom tengok video di bawah untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang artikel ini!

     

    1. Tugas yang Berlainan.
    • Ejen Hartanah (REA):

    Seorang REA boleh menubuhkan firma Agensi Hartanah mereka sendiri. Di mana mereka dibenarkan memiliki sebanyak 50 REN untuk bekerja di agensi mereka.

    Selain itu, seorang REA akan menjadi seorang supervisor kepada para REN di bawah mereka.

    • Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):

    Manakala, seorang REN tidak boleh menubuhkan agensi mereka sendiri. Selain itu, mereka wajib bertugas di bawah satu agensi hartanah untuk menjalankan kerja-kerja mereka, dan seorang supervisor REA akan ditugaskan untuk mengawas  dan menyelia tugasan dan aktiviti mereka.

    ** Seorang REA atau REN boleh laksanakan tugas jual beli rumah dan hartanah.

     

    2. Tag Pendaftaran.
    • Ejen Hartanah (REA):

    Tag pendaftaran seorang REA berwarna biru dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan E xxxx

     

    • Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):

    Tag pendaftaran seorang REN berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan REN xxxx

     

    3. Proses Kelayakan.

    • Ejen Hartanah (REA):

    Sebelum melayakkan diri sebagai seorang REA, mereka perlu lalui kursus selama dua tahun untuk menerima Diploma dalam Agensi Hartanah (Estate Agency) yang dikendalikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP.

    Selepas menerima Diploma, mereka wajib menjalankan latihan industrial selama dua tahun di bawah penyeliaan agensi hartanah yang berkelayakan.

    Kemudian, buku log atau Work Diary mereka akan diserahkan kepada LPPEH untuk penilaian dan kelulusan.

    Akhirnya, mereka akan lalui peperiksaan lisan, di mana mereka akan di interbiu secara mendalam mengenai pengalaman dan mesti mempamerkan pengetahuan komprensif mengenai industri hartanah.

    • Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN):

    Untuk mereka yang berminat untuk menjadi Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN), mereka tidak memerlukan masa yang lama. Malah hanya perlu bayar pendaftaran dan lalui program ‘Sijil Kursus Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course, NCC), selama dua hari.

    Apa yang akan mereka belajar?

    • Selok belok industri hartanah.
    • Undang-undang industri hartanah.
    • Amalan terbaik sebagai REN.
    • Model kerja sebagai REN.

    Setelah selesai, mereka akan terima sijil. Dengan sijil itu, mereka perlu memohon di mana-mana agensi hartanah untuk menjadi seorang Pembantu Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN). Ketahui langkah untuk menjadi seorang REN sekarang!

     

    Bagaimana nak tahu REA atau REN yang sah?

    Mudah sahaja. Tag pendaftaran seorang REA atau REN akan ada nombor pendaftaran mereka sekali. Selain itu, seorang REA atau REN perlu pamerkan tag pendaftaran mereka sewaktu melakukan apa-apa aktiviti perniagaan.

    Sebelum mulakan apa-apa transaksi atau perbincangan, boleh rujuk nombor pendaftaran mereka di laman LPPEH.

    Masukkan nombor pendaftaran mereka dan akan terpapar:

    1. Maklumat penuh.
    2. Nama dan Nombor pendaftaran agensi hartanah.
    3. Maklumat perhubungan.
    4. Tarikh luput tag pendaftaran.

    Selain itu dengan kemajuan teknologi kini, setiap tag pendaftaran akan ada kod QR yang anda boleh imbas untuk lihat kesahihan mereka sebagai REA atau REN.

    Pindaan perundangan baru-baru ini terhadap Akta 242 (Bahagian VIII, Seksyen 30) memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang bertindak sebagai REN; sama ada sendiri atau utama perniagaannya adalah hartanah atau menyamar sebagai REN yang berdaftar, telah melakukan kesalahan.

    Hukuman untuk itu adalah sabit kesalahan denda tidak melebihi RM300,000, atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 3 tahun, atau kedua-duanya. Denda selanjutnya sebanyak RM1,000 untuk setiap hari semasa berlakunya kesalahan tersebut juga akan dikenakan.

     

    Siapa boleh jadi REA atau REN?

    Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang REA atau REN. Seperti yang dibincangkan di atas, masa dan proses yang diambil untuk menjadi seorang REA atau REN adalah berbeza kerana tahap kelayakan mereka dalam industri hartanah.

    Untuk mereka yang berminat untuk menjadi REA:

    • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
    • Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit.
    • Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.
    • Hal ini kerana mereka akan menduduki kursus diploma hartanah.

    Manakala untuk seorang REN:

    • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
    • Berumur 18 tahun ke atas.

    Kalau anda berminat, jom sertai kami di IQI!

     

    Sebagai penutup, untuk menjadi seorang REN adalah lebih mudah dan cepat berbanding REA. Tetapi, seorang REA mempunyai banyak kelebihan berbanding seorang REN.

    Ingin mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN? IQI Global jawapan yang tepat bagi anda!

    Di IQI Global, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada REN IQI setiap minggu! Tunggu apa lagi? Jom la join kami!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Perunding Hartanah (REN) Sebagai Karier Profesional

    Perunding Hartanah (REN) Sebagai Karier Profesional

    Terdapat ramai di luar sana yang melihat kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah (REN) ini sebagai kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan dan memang boleh dijadikan sebagai pekerjaan full-time atau karier profesional.

    Artikel ini tidak akan sentuh mengenai gaji seorang REN, sebaliknya akan menceritakan mengapa REN ini boleh dijadikan sebagai karier profesional.

     

    Apa maksud Perunding Hartanah (REN)?

    Perunding Hartanah atau REN (Real Estate Negotiator) merupakan individu yang bekerja di bawah sebuah agensi hartanah, samada milikan tunggal atau sendirian berhad (sdn bhd).

    Perunding Hartanah (REN) merupakan individu penting dalam industri jual-beli hartanah, yang bekerja di bawah pengawasan seorang Een Hartanah berlesen atau REA (Real Estate Agent), tetapi tidak mempunyai kelayakan dan akreditasi penuh seperti Ejen Hartanah (REA) itu sendiri.

    Walau bagaimanapun, seorang Perunding Hartanah (REN) masih perlukan lesen dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP.

    Jadi untuk memperoleh lesen Perunding Hartanah (REN), individu tersebut mesti melengkapkan kursus dua hari yang dipanggil Kursus Perunding Hartanah atau Negotiator Certification Course (NCC). Individu berminat akan menjalani beberapa asas seperti undang-undang dan peraturan.

     

    Bagaimana kehidupan seorang Perunding Hartanah (REN)?

    Seperti karier yang lain, seorang Perunding Hartanah (REN) perlu bekerja keras untuk capai matlamat mereka.

    Selain itu, seorang Perunding Hartanah (REN) tidak boleh cepat berputus-asa. Karier ini memerlukan mental yang gigih dan jiwa yang tabah. Hal ini kerana beberapa faktor:

    • Gaji tidak menentu.
    • Masa kerja yang panjang.
    • Pasaran yang tidak menentu (ada hari naik, ada hari turun).
    • Pelanggan yang kemungkinan cerewet.

    Selain itu, dengan perkembangan teknologi terkini, erunding Hartanah (REN) perlu berusaha untuk mempamer diri di media sosial untuk membina Personal Brand mereka, dan menghasilkan content-content unik yang berlainan dari pesaing-pesaing mereka, demi mencapai jualan yang diinginkan serta menarik perhatian bakal pelanggan.

    Walaubagaimanapun, seorang Perunding Hartanah (REN) bekerja mengikut masa tersendiri dan jikalau anda berminat untuk membantu pelanggan dapatkan rumah impian mereka, rasa puas hati itu merupakan satu kejayaan.

     

    Bagaimana nak tahu kalau saya sesuai untuk jadi Perunding Hartanah (REN)?

    Haaa! Soalan ni ramai sangat dah tanya. Perunding Hartanah (REN) perlu mempunyai kualiti-kualiti diri yang kita kena cermin diri kita. Tanya diri kita dulu soalan-soalan ni:

    • Minat berjumpa dengan orang?
    • Gemar bercerita tentang hartanah?
    • Suka kerja yang fleksibel dan menjadi bos diri sendiri?
    • Suka cabar diri berkenalan dengan ramai orang baru?
    • Suka bantu orang ramai?

    Kalau jawapan anda semua “Ya!”, tahniah! Anda sudah lepas fasa yang pertama. Anda mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN). Tunggu apa lagi? Jom kita selami lagi dunia perunding hartanah dan bantu anda, YA ANDA untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN).

     

    Bagaimana nak jadi seorang Perunding Hartanah (REN)?

    Pertama sekali anda perlu pastikan kelayakan:

    • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
    • Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit.
    • Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.

    Kemudiannya, anda perlu tinjau agensi hartanah yang anda ingin sertai. Setiap agensi hartanah berlainan dari segi sistem komisen dan latihan mereka.

    Jadi, sebelum membuat apa-apa pilihan, pastikan anda selidik dahulu agensi hartanah yang anda ingin sertai.

    Di IQI Global, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada ejen-ejen IQI pada setiap minggu.

     

    Selain itu, seorang Perunding Hartanah (REN) wajib berdaftar dengan agensi hartanah dan mempunyai Kad REN yang bernombor pendaftaran seperti ‘REN 17585.’

    Anda boleh berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH) atau BOVAEP. Melalui kelas-kelas anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

     

    Tapi, saya tak berpengetahuan tentang dunia hartanah.

    Jangan risau, anda boleh sertai program-program dan kursus yang disediakan dan akan ada mentor yang akan mengajar anda selok belok industri hartanah.

    Dan yang penting sekali, kena RAJIN. Dalam apa jua pekerjaan atau rutin pun, kita kena sentiasa rajin untuk menimba ilmu dan buat sebaik mungkin.

     

    Kenapa jadi REN dengan IQI Global?

    Jadi, dengan membaca segala yang dibentangkan di atas, tak sukar untuk menjadi seorang Perunding Hartanah (REN). Anda cuma perlukan komitmen dan usaha.

    IQI Global merupakan sebuah agensi hartanah yang;

    • Bertaraf antarabangsa; dengan lebih dari 15,000 ejen seluruh dunia!
    • Menggunakan teknologi terkini; memudahkan segala transaksi jual beli hartanah.
    • Memberi insentif yang hebat; pelancongan antarabangsa dan kereta mewah!

    Yang paling penting, seorang Perunding Hartanah (REN) merupakan satu karier untuk semua. Seperti karier lain, ia memerlukan tumpuan dan komitmen seseorang individu. Selidik dahulu agensi yang anda ingin sertai dan pilih yang terbaik buat anda.

     

    Kini masanya untuk anda untuk menjadi seorang REN!

    Ada keraguan? Kongsikan bersama kami. Klik link ini, isi maklumat anda dan pihak kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com