Author: irealtygroup

  • Bagaimana Nak Cari Mentor Yang Sesuai Pada Tahun 2023?

    Bagaimana Nak Cari Mentor Yang Sesuai Pada Tahun 2023?

    Rasanya ramai di antara kita yang ingin mula menapak dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Tapi sebelum kita mula, ada satu benda penting yang patut kita bincangkan – mentor anda.

    Apa maksud seorang mentor?

    Seorang mentor merupakan seorang yang akan bimbing dan berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dengan harapan kita berjaya dan mampu membina diri kita sendiri.

    Penting ke seorang mentor ni? YE, PENTING TERAMAT!

    Untuk kita pelajari dan tidak ulangi kesilapan beliau. Selain itu, seorang mentor mampu push kita lebih dari daya kemampuan kita dan agar kita tak buat perniagaan takat suam suam kuku je.

    Jadi, apa yang kita perlu cari dalam seorang mentor? Dan mentor bagaimana yang sesuai untuk kita? Jom kita huraikan!

     

    1. Fikirkan apa yang anda perlukan

    Sebelum mencari seorang mentor, anda perlu tahu dahulu apa yang anda perlukan. Ilmu apa yang anda cari? Kita tidak boleh minta seorang mentor untuk ajar kita A-Z, seeloknya kita ada ilmu sendiri dan seorang mentor akan menjadi tambahan dari apa yang kita sudah tahu.

    Contohnya jika anda ingin belajar cara menjual, seeloknya anda patut tahu pasaran sasaran anda terlebih dahulu. Dengan itu, lebih mudah untuk seorang mentor ajar anda bagaimana untuk laksanakan pendekatan perniagaan anda.

     

    2. Pengalaman

    Seorang mentor yang bersesuaian untuk anda haruslah seseorang yang sudah berpengalaman dan sudah melalui pahit-manis perniagaan mereka. Ini kerana, kalau anda mencari seorang yang berpengalaman sama seperti anda; baru nak menapak, jadi bagaimana proses pembelajaran itu nanti?

    Pengalaman mentor tidak semestinya 10 tahun ke atas, ramai juga mentor yang 2-3 tahun tetapi kerana banyak menimba ilmu dari mentor-mentor mereka tersendiri, mungkin sudah berjaya membawa jenama mereka sendiri.

    Jadi, carilah seorang mentor yang sudah berpengalaman dan yang boleh berkongsi dengan anda.

     

    3. Komunikasi

    Ramai mentor yang berjaya dalam bidang pilihan mereka, tetapi tak ramai yang boleh sampaikan ilmu dan pengalaman bagaimana mereka berjaya dengan cara yang berkesan kepada pelajarnya.

    Anda perlu mencari seorang mentor yang boleh berkomunikasi dengan cara yang mudah dan difahami. Anda boleh melakukan ini dengan memerhatikan bagaimana dia berinteraksi dengan orang lain.

    Adakah mereka menyampaikan perasaan atau idea mereka dengan senang dan bijaksana? Adakah mereka berkomunikasi dengan orang lain dengan rela hati?

    Ini adalah sifat penting yang harus dicari bukan sahaja kerana mentor anda dapat berkomunikasi dengan anda dengan berkesan, tetapi juga kerana interaksi akan membantu anda menjadi komunikator yang lebih baik.

     

    4. Kerelaan

    Ini merupakan point yang penting. Kerana, kalau mentor tidak rela hati untuk membantu kita, masakan beliau meluangkan masa untuk bantu kita?

    Risau juga kalau seseorang itu tidak memperuntukkan masa untuk menjawab soalan-soalan kita ataupun sentiasa sibuk dengan hal-hal lain sehinggakan kita diabaikan.

    Jadi anda perlu cari mentor yang akan meluangkan dan memperuntukkan masa untuk membantu anda mencapai cita-cita anda.

     

    Seorang mentor amat diperlukan kalau anda berminat untuk memulakan perniagaan mahupun karier. Jadi, tidak perlu malu untuk bertanya kerana kalau malu nanti sesat jalan, Waze pun tak boleh bantu.

    Dengan menggunakan tips yang disediakan, mudah untuk anda cari seorang mentor yang bersesuaian dengan anda. Selamat maju jaya!

    Jangan tunggu lama, kami di IQI Global punyai ramai mentor yang boleh bantu anda dalam dunia hartanah! Jom sertai kami!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • 4 Pekerjaan Yang Tidak Perlukan Ijazah Tapi Gaji WOW!

    4 Pekerjaan Yang Tidak Perlukan Ijazah Tapi Gaji WOW!

    Sudah menjadi satu stigma dalam masyarakat kita sekarang yang kalau tiada ijazah, anda tidak akan berjaya dalam kehidupan. Betul pelajaran itu penting, tapi tidak semuanya yang kita belajar harus ditimba di dalam kelas dan berhadapan papan putih.

    Ramai juga yang berjaya dengan menimba ilmu melalui mentor dan pelajari selok belok menjadi usahawan dan berniaga sendiri. Oleh itu, kami ingin bincangkan 4 pekerjaan yang tidak perlukan ijazah tapi gaji leleh. Apa dia? Haa baca dekat bawah!

     

    1. Ejen Insurans

    Antara pekerjaan yang tidak perlukan ijazah, tetapi memerlukan soft-skills yang hebat. Dengan cara komunikasi yang betul dan daya pujuk yang tepat, confirm boleh dapatkan beberapa prospek untuk membeli insurans dengan mereka.

    Ramai juga pekerja sepenuh masa yang mengambil peluang menjadi ejen insurans separuh masa untuk tambahkan duit poket mereka.

    Kelayakan bagi seorang ejen insurans adalah:

    • Minima kelulusan SPM
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Lulus Pre Contract Examination (PCE)

    Dan kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang untuk memiliki perlindungan insurans demi keselamatan mereka.

     

    2. Perunding Hartanah (REN)

    Sama seperti ejen insurans, Perunding Hartanah (REN) juga perlukan soft-skills yang hebat. Ini kerana anda akan persembahkan sesuatu yang bernilai tinggi – hartanah.

    Dan kerjaya REN ini tidak perlukan sebarang ijazah. Minima hanya SPM dan anda perlu menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kad REN anda.

    Selain dari kad REN anda, anda juga perlukan semangat yang berkobar-kobar kerana semua orang merupakan prospek anda kerana tidak kira muda atau tua, mereka akan perlukan hartanah! Jadi lidah jangan kelu, banyakkan berkenalan dengan orang dan mulakan jualan anda.

    Tahukah anda, bahawa REN di IQI akan terima insentif menarik seperti kereta mewah atau melancong ke luar negara? Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Klik sini, isikan maklumat anda, kami hubungi anda!

     

    3. Ejen / Stokis Produk

    Dengan pelbagai produk yang wujud kini, semestinya rakan kita atau ahli keluarga kita yang merupakan ejen ataupun stokis sesebuah produk. Ini juga merupakan pekerjaan yang tidak perlukan ijazah. Dengan margin keuntunguan setiap barang yang dijual, menjadi seorang ejen atau stokis produk boleh menjadi salah satu pilihan anda.

    Kadar modal pun tidak sekasar pilihan lain. Selain itu, tugas ibu pejabat (HQ) produk yang anda menjual akan bantu keluarkan alat pemasaran yang anda boleh pakai untuk mempromosikan produk kepada khalayak ramai. Jadi, tugas utama anda adalah untuk menjual sahaja.

    Banyak produk yang wujud di luar sana yang merangkumi produk kecantikan, makanan dan lain-lain. Jadi buat pilihan yang terbaik dalam menjadi seorang ejen atau stokis produk dan nikmati keuntungan dengan baik.

     

    4. Usahawan

    Pekerjaan yang tidak perlukan ijazah yang terakhir. Kalau tak nak jadi ejen atau stokis produk, anda la yang keluarkan produk dan cari ejen atau stokis. Tapi berat lagi tanggungjawab anda. Sebagai seorang usahawan, anda perlu mengkaji trend semasa sebelum mengeluarkan produk anda.

    Apa yang orang perlukan? Apa yang masih belum ada? Apa yang membuatkan produk anda lain dari yang lain?

    Selain dari bertanya soalan-soalan tersebut, banyak lagi yang perlu dilakukan seorang usahawan harus agar beliau dapat melaksanakan perniagaan tanpa mengahadapi sebarang masalah serta mendapat sokongan dan idea baharu.

    Menjadi usahawan tidak semestinya anda perlu melabur modal yang banyak. Anda boleh mulakan perjalanan anda sebagai seorang usahawan dengan modal yang kecil dan menaik taraf dari situ.

    Tahukah anda, kerjaya sebagai Perunding Hartanah (REN) juga adalah salah satu cabang usahawan?

     

    Impian setinggi gunung bermula dari impian sekecil hama.

    Bukan senang nak jadi senang dan memang akan ada cabaran bagi setiap karier yang anda pilih. Ilmu wajib dicari dan seeloknya kita jangan berhenti belajar. Kerana setiap hari ada sahaja benda baharu yang kita akan pelajari.

    Ingin mulakan perjalanan anda sebagai Perunding Hartanah (REN), sekarang peluangnya!

    Klik sini, isi maklumat anda di bawah dan pihak kami akan hubungi anda dengan segera!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Menjadi Usahawan Berjaya Tahun 2023 Dengan 3 Tips!

    Menjadi Usahawan Berjaya Tahun 2023 Dengan 3 Tips!

    Dengan pelbagai peluang dan platform untuk mulakan perniagaan sendiri, ramai sekarang yang dah berminat untuk menjadi usahawan. Ye la siapa kan tak nak jadi bos sendiri dan dapat jana pendapatan lebih berbanding pekerjaan harian.

    Tapi untuk mula menapak diri dalam dunia bisnes ini bukan mudah. Dalam ramai yang mahu mula tu, terdapat segelintir yang kurang ilmu dan akhirnya putus asa atau tiada perkembangan.

    Kami ingin beritahu anda semua jangan risau, dan ini merupakan satu cabaran dalam alam bisnes. Jadi, untuk membantu anda, kami sediakan 3 tips untuk mulakan bisnes! Jom kita hadam satu-satu dan semoga kita digelar usahawan berjaya!

     

    1. Rajinkan membaca

    Sebagai usahawan kita kena sentiasa pelajari dan mendalami ilmu tentang perniagaan. Membaca kan jambatan ilmu. Jadi, salah satu cara untuk menimba ilmu tu adalah dengan membaca.

    Buku tu boleh pilih sama ada nak fizikal atau pun online, yang penting kita baca and hadam apa yang ingin disampaikan.

    Antara buku bisnes yang anda boleh baca:

    Bahasa Inggeris:

    1. What It Takes: Lessons in the Pursuit of Excellence (Stephen Schwarzman)
    2. Unapologetically Ambitious: Take Risks, Break Barriers, and Create Success on Your Own Terms (Shellye Archambeau)

    Bahasa Malaysia:

    1. Memulakan Bisnes Sendiri (Ainon Mohd.)
    2. Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram (Miliza Ghazali)

     

    2. Cari mentor

    Seorang mentor yang dah berpengalaman amat penting supaya kita tidak tersilap langkah dalam bisnes kita. Kita sebagai manusia memang kita perlukan sokongan dan peringatan. Seorang mentor akan pastikan kita komited dalam bisnes kita dan kita akan berusaha lebih untuk menjayakannya.

    Selain itu, kita mesti ada cita-cita. Seorang mentor boleh menjadi penanda aras untuk kita capai dan bukan buat bisnes ala kadar sahaja.

    Oleh itu, carilah seorang mentor yang sudah ketahui pahit manis berbisnes dan yang mampu untuk memupuk serta membantu kita untuk menaikkan bisnes kita dan kemampuan kita.

     

    3. Sertai bisnes lain dan belajar selok belok

    Sebagai permulaan, seeloknya kita sertai memana bisnes tak kisahlah sebagai ejen, dropship, eksekutif atau stockist sekalipun. Yang penting adalah matlamat kita untuk belajar selok belok sesuatu bisnes dan menggunakan ilmu itu untuk mulakan tapak bisnes kita.

    Tak perlu kita tunggu semuanya sempurna untuk adakan bisnes. Mula dari bawah dan berkembang dari situ. Mungkin permulaan kita berseorangan dan kemudiannya kita mula ambil pekerja dan menaikkan bisnes kita.

    IQI merupakan sebuah syarikat terkemuka bertaraf antarabangsa untuk mereka yang ingin menjadi usahawan atau Perunding Hartanah (REN). Selain itu, IQI juga menggunakan teknologi terkini yang dapat bantu permudahkan urusniaga hartanah.

    Sila klik sini, isi maklumat anda dan pihak kami akan hubungi anda!

     

    Dalam segala kesusahan pasti ada manisnya. Kami di IQI ingin bantu anda untuk menjadi seorang usahawan.

    Kami menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk anda sertai, dan ramai yang akan bantu anda untuk memulakan perjalanan sebagai usahawan.

    Sertai kami sekarang dan terima panduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Ingin Menjadi Usahawan? Jom Pelajari 5 Mentaliti Usahawan Berjaya!

    Ingin Menjadi Usahawan? Jom Pelajari 5 Mentaliti Usahawan Berjaya!

    Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai anak muda Malaysia kini sudah bermanja-manja dengan dunia usahawan. Mereka memasang cita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjana pendapatan yang lebih. Tapi, ada juga dikalangan mereka yang masih ragu-ragu dan tidak ingin menceburi bidang ni – takut kerugian.

    Rugi itu pasti. Tapi, ia boleh diminimakan dengan cara yang betul. Yang paling utama, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita perlu mempunyai mentaliti usahawan berjaya! Buang segala pemikiran negatif dan gantikan dengan aura positif.

    Ingin menjadi usahawan yang berjaya? Kami kongsikan kepada anda 5 mentaliti usahawan yang berjaya untuk anda mulakan HARI INI!

     

    1. Tidak mudah mengalah.

    Ada masanya, kita jatuh, buntu dan temu jalan mati. Tetapi, ini tak bermakna kita patut mengalah. Dalam segala kesusahan pasti ada jalan penyelesaian.

    Kadang-kala kejatuhan yang kita alami adalah sebagai cabaran baharu untuk kita. Supaya kita tidak ulang kesilapan kita dan mula semula dengan pengalaman.

    Bagaimana cara untuk kita atasi masalah mengalah ni?

    Wujudkan rakan-rakan yang memupuk semangat kita dan kelilingi diri kita dengan orang yang berfikiran positif. Sentiasa ingat yang penghujung jalan bukan pengakhiran, kita sentiasa boleh cipta jalan kita sendiri!

     

    2. Belajar, Belajar dan BELAJAR!

    Antara mentaliti seorang usahawan berjaya adalah rajin menimba ilmu. Tidak semestinya hadir ke kelas, kadang kala orang yang kita tak jangka pun akan bantu kita dalam perkembangan peribadi kita. Sesetengah idea pun boleh datang tanpa disedari.

    Antara cara lain untuk kita belajar adalah dengan menjadi peramah dan jangan malu bertanya. Bak kata orang tua jika malu, sesat jalan. Jadi jangan risau dan malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar.

    Serta, rajinkan diri untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan bidang bisnes dan keusahawanan.

     

    3. Tidak takut berbeza dengan orang lain.

    Ramai kini takut untuk jadi berlainan dari masyarakat sekeliling kerana tidak mahu dipandang aneh. Dengan mempamerkan kelainan atau niche, kita boleh timbulkan idea-idea baharu dan cara pemasaran baharu yang mampu membina sesuatu jenama atau bisnes.

    Biasakan diri untuk keluar dari zon selesa sekiranya anda ingin menjadi luar biasa dan berbeza dari orang lain.

    Cara-cara untuk lakukan tersebut adalah dengan banyakkan melihat cara orang luar lakukan produk dan perniagaan mereka. Dari situ akan tercetus idea dan cuba melokalisasikan idea itu untuk penerimaan masyarakat sekeliling.

     

    4. Ambil kritikan sebagai titik perubahan

    Dengan zaman teknologi kini, tiada siapa yang dapat lari dari kritikan. Mentaliti kita yang harus kuat untuk harungi segala kritikan yang kita terima. Setiap pandangan orang adalah berbeza dan kadang kala kita tidak dapatkan puas hati semua orang. Jadi kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

    Bagaimana kita nak ambil kritikan ini sebagai titik perubahan? Kita kena terima kritikan sebagai benda positif. Dari situ kita ubah cara kita untuk perbaharui dan menambah baik jenama kita.

     

    5. Jangan libatkan bisnes dengan kehidupan peribadi.

    Mentaliti ini tidak bagus bagi seorang usahawan kerana kita harus fikirkan kebaikan bisnes kita. Sebab ini bisnes kita bukan bisnes orang lain. Kita tidak boleh biarkan emosi kita menjejas bisnes kita.

    Bagaimana cara untuk kita asingkan hidup bisnes dengan kehidupan peribadi?

    Kita harus tahu sempadan antara kehidupan peribadi dan kehidupan bisnes kita. Segala yang berlaku sewaktu perniagaan jangan dibawa pulang dan sebaliknya. Emosi boleh menjejas cara kita menjalankan bisnes kita, jadi seeloknya kita belajar untuk kawal emosi kita.

     

    Dalam segala apa yang kita lakukan, pertama sekali kita perlu set minda kita. Sama juga dengan menjadi usahawan, kita perlu ada mentaliti seorang usahawan agar kita boleh maju ke hadapan dan menjadi usahawan yang berjaya.

    Hala tuju kita bergantung kepada objektif dan set minda kita. Perbaiki set minda anda dan anda dapat mulakan perjalanan anda sebagai seorang usahawan!

     

    Kalau anda berminat untuk menjadi seorang usahawan di IQI, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda.

    Kami menyediakan latihan untuk anda menjadi seorang Perunding Hartanah dan usahawan berjaya! Klik link ini dan isi maklumat anda. Seterusnya kami akan segera hubungi anda!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Sedang Mencari Kerja? Ini dia Pekerjaan Popular Malaysia 2023

    Sedang Mencari Kerja? Ini dia Pekerjaan Popular Malaysia 2023

    Sekarang sudah menjadi elemen yang penting untuk kita mahir mengenai penggunaan teknologi di abad ke-21. Tambahan pula apabila negara dilanda wabak Covid-19, ramai di antara kita yang hilang sumber pendapatan, mulakan perniagaan sendiri dan mencari peluang pekerjaan yang lain.

    Banyak pekerjaan yang popular di Malaysia dan kita perlu berusaha dan belajar ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mulakan perjalanan pekerjaan tersebut. It might take us time, but it’s better late than never.

    Dengan penguasaan teknologi maklumat, di situ, terciptanya peluang pekerjaan dan jangan berlemah semangat, semua boleh belajar lagi-lagi dengan bantuan Encik Google dan Tuan YouTube. So, kudos to everyone and don’t give up!

    Sekarang timbul tanda tanya, pekerjaan apa yang dalam permintaan atau high in demand sekarang? Kami dah sediakan senarai untuk anda. Apa lagi, jom baca selanjutnya di bawah.

     

    1. Graphic Designer

    Zaman dah maju dan kebanyakan bisnes perlukan graphic designers untuk menghasilkan bahan-bahan komunikasi yang menarik. Mereka ni selalunya orang-orang yang talented dan kreatif; mempunyai bakat untuk melukis dan menghasilkan grafik yang cantik.

    Pekerjaan ini bukan hanya untuk sektor hiburan dan pengiklanan, hampir semua sektor dan industri perlukan graphic designers untuk menjual dan menarik perhatian pengguna.

    Ramai yang memandang rendah pekerjaan pereka grafik ni, sampaikan ada yang minta design secara percuma (maaf jika ada sesiapa yang terasa). No no, ini sekarang masa graphic designers untuk bersinar!

     

    2. Software Engineers / Developers


    Sumber: Giphy

    Sekarang sudah jadi trend di Malaysia untuk berkerja dari rumah atau Work From Home (WFH). Pekerjaan sebagai software engineer tidak perlu ke pejabat sangat sebab banyak kerja boleh dibuat secara online sahaja. Selain itu, kebanyakan syarikat sekarang sudah bergerak ke arah digital dan amat memerlukan software engineer untuk perbaiki sistem, bugs dan cipta program baharu.

    Walau bagaimanapun, pekerjaan sebagai software engineer makan masa yang lama dan memerlukan mentaliti dan emosi yang tegap.

     

    3. Pekerja Kilang & Packer


    Sumber: Giphy

    Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain. Kami pasti anda pernah dengar namanya. Sebab tu pekerjaan ni ada dalam pekerjaan popular Malaysia 2023. Dengan wujudnya segala platform online shopping, keperluan untuk pekerja kilang dan packer pun bertambah.

    Tugas utama adalah untuk mengangkat, membungkus dan menghantar produk-produk yang dipesan oleh pelanggan. Pekerja kilang dan packer perlu sihat mental dan fizikal kerana kemungkinan kerja overtime dan kurang berehat.

    Pada 16 November 2020, Shopee mencatat rekod jualan sebanyak 200 juta barang pada Single’s Day! Waw. Patut la pekerjaan ni dalam permintaan sekarang. Banyak tu barang nak pack.

     

    4. Perunding Hartanah

    Siapa tak nak kebebasan kewangan kan? Sebagai Perunding Hartanah, ramai berpeluang untuk capai impian itu kerana, ramai perlukan rumah atau hartanah tidak kira 10 tahun sebelum atau akan datang. Sebab itu pekerjaan sebagai Perunding Hartanah merupakan antara pekerjaan popular Malaysia 2023.

    Tak susah nak jadi Perunding Hartanah, tua atau muda, semua orang boleh dengan latihan yang betul.

    Bayangkan, dengan jualan sebuah rumah, anda boleh menikati hasilnya selama 3 bulan atau lebih lagi. Siapa tak nak kan? Kalau berminat untuk mulakan pekerjaan sebagai perunding hartanah, kami sedia membantu dan latihan mingguan PERCUMA! Klik sini untuk mulakan pekerjaan anda sebagai perunding hartanah.

     

    5. Pekerja Bahagian Kesihatan / Healthcare Workers


    Sumber: Giphy

    Oleh kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pekerja bahagian kesihatan (doktor, jururawat dan lain-lain) menjadi pekerjaan popular Malaysia 2023 akibat tidak cukup tangan untuk mengubat dan menjaga pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 serta kes lain-lain. Sehingga sukarelawan diperlukan untuk membantu mereka.

    Walaupun di ambang pemulihan, masih ramai pekerja bahagian kesihatan yang diperlukan untuk teruskan perjuangan membantu pesakit dan orang ramai. Bureau of Labour Statiscis (BLS) Amerika Syarikat menjangkakan pekerjaan yang berkaitan dengan kesihatan akan tumbuh 15% di seluruh industri!

     

    6. Ejen insurans


    Sumber: Giphy

    Tak nafikan sekarang selepas wabak Covid-19, ramai yang dah mula risau tentang kesihatan dan ingin membeli pelan insurans demi masa depan mereka. Pekerjaan sebagai ejen insurans memerlukan anda untuk mencari prospek dan bertanggungjawab menguruskan keperluan perlindungan mereka.

    Pemohon perlu lulus peperiksaan Pre Contract Examination for Insurance Agent (PCEIA) dan Takaful Basic Examination (TBE) untuk melayakkan diri sebagai seorang ejen insurans.

     

    7. Usahawan / Businessman

    Tak terkejut yang usahawan boleh jadi antara pekerjaan popular di Malaysia tahun 2023. Ini kerana ramai yang ingin menjadi bos mereka sendiri dan tidak hanya bergantung pada gaji bulanan.

    Sebagai usahawan, anda punyai masa anda tersendiri untuk ahli keluarga dan mereka yang tercinta. Tapi dalam kesenangan masa ada kesukaran untuk memulakan perniagaan. Seperti modal permulaan, kerugian dan marketing & branding untuk perniagaan.

    Antara cara yang mudah untuk mulakan perniagaan adalah dengan sertai dropship atau mulakan perjalanan sebagai usahawan di sebuah syarikat yang berjaya. Oh ya, kerjaya sebagai Perunding Hartanah juga adalah suatu Usahawan dan Bisnes.

     

    8. Online Personal Trainer / Jurulatih Peribadi Online


    Sumber: Giphy

    Personal trainer atau jurulatih peribadi selalunya kita lihat berada di gimnasium atau mana-mana pusat kesihatan dan tujuan utama mereka adalah untuk membantu klien mereka capai matlamat fitness yang diinginkan.

    Tapi kebanyakan sekarang kita dapat lihat trend personal trainer online melalui laman sosial Instagram, YouTube dan juga Facebook. Personal training online sangat mudah untuk dijalankan dan ia menjimatkan kos. Bureau of Labour Statiscis (BLS) Amerika Syarikat menjangkakan 330,000 pekerjaan personal trainer menjelang 2026!

     

    Antara semua pekerjaan popular Malaysia 2023 yang kami senaraikan, mana yang anda rasa paling membuah hasil?

    Kalau anda berminat untuk menjadi perunding hartanah bertaraf antarabangsa, mari sertai kami di IQI! Kami akan bantu anda realisasikan impian anda untuk mendapatkan kebebasan kewangan!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • 5 Kerjaya Permintaan Tinggi Pada 2023

    5 Kerjaya Permintaan Tinggi Pada 2023

    Tahun 2021  memulai zaman era kerja secara online dengan penggunaan teknologi ekoran dari Pandemik Covid-19, ada beberapa jenis kerjaya mungkin tidak diperlukan lagi atau kurangnya sambutan. Sedikit-sebanyak, ini akan menyukarkan para individu kedalam alam pekerjaan.

    Kaedah kerja secara dalam talian atau Work From Home ini telah berlarutan hingga tahun 2022 dan 2023.

    Jadi sekarang kepada mereka yang ingin membuat pemilihan, ini adalah 5 pilihan kerjaya yang mendapat permintaan tinggi khususnya di Malaysia pada 2023.

     

    1. Penganalisis dan Saintis Data.

    Pekerjaan ini dijangkan mendapat permintaan tinggi daripada majikan kerana banyak syarikat yang akan memperluaskan analisis data besar (big data) pengguna dan entiti sejak 2020.

    Dari permulaan abad 21 hingga kini, sains data dilihat sebagai salah satu kerjaya paling hangat di dunia.

    Dunia menghasilkan lebih banyak data setiap hari yang perlu dikumpulkan dan dianalisis oleh Para Ahli Data untuk beberapa kegunaan produktif.

     

    2. Perunding Hartanah

    Semua orang memerlukan sebuah rumah atau hartanah, tidak kiri 10 tahun lepas atau 10 tahun yang akan datang.

    Kerjaya sebagai Perunding Hartanah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

    Bayangkan, untuk setiap penjualan rumah, kita dapat menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka. Jualan sebuah rumah membolehkan kita menikmati hasilnya sekitar 3 bulan. Umur bukanlah penghalang untuk kita menjadi seorang Perunding Hartanah.

    Klik sini dan mulakan kerjaya ejen hartanah anda dengan IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!

     

    3. Digital Marketing

    Perkembangan teknologi yang sangat pesat menuntut beberapa jenis pekerjaan harus dilakukan dengan media digital.

    Kerjaya seorang digital marketing dimanfaatkan untuk membantu pemasaran produk, usaha atau syarikat secara digital ataupun teknologi internet yang berkembang saat ini.

    Di zaman media sosial, teknologi komunikasi yang digunakan hampir seluruh manusia di dunia, seorang digital marketer harus aktif dalamnya – selain untuk mempelajari perilaku pangsa pasar, juga untuk mencari peluang yang baik untuk memasarkan produk.

     

    4. Akauntan

    Setiap syarikat pastinya ada bahagian bagi menguruskan kewangan dan pekerjaan ini telah mendapat permintaan yang tinggi sejak daripada tahun 2015!

    Mengikut Statistik Biro Buruh A.S., pertumbuhan pekerjaan untuk akauntan diunjurkan pada 10 peratus untuk dekad yang berakhir pada tahun 2026.

     

    5. Pereka Grafik

    Tahun 2023, pastinya setiap syarikat memerlukan pereka grafik bagi menghasilkan bahan pemasaran.

    Secara kesimpulannya, hasil kerja pereka grafik serta tugas mereka perlulah dihargai kerana merekalah yang mereka semua bahan komunikasi bermutu tinggi yang ada pada sekeliling anda.

    Tanpa semua bahan tersebut, keadaan akan makin susah kerana tiada mesej disampaikan untuk pengetahuan umum.

     

    Tujuan artikel ini bukan untuk menakutkan mereka yang mempunyai minat tetapi menawarkan perspektif yang jujur.

    Adakah anda berminat untuk menjadi seorang perunding hartanah? Ambil peluang ini dan sertai kami di IQI!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Kenapa Jadi Perunding Hartanah di IQI ?

    Kenapa Jadi Perunding Hartanah di IQI ?

    Adakah anda berminat untuk menjadi seorang ejen hartanah? Ambil peluang ini dan sertai kami di IQI!

     

    Kenapa sertai kami sebagai ejen hartanah IQI ?

     

    1. Ganjaran dan insentif yang menarik.

    Perunding Hartanah yang menyertai IQI ditawarkan ganjaran dan insentif menarik sebagai motivasi dan pendorong untuk menempa kejayaan – seperti ganjaran mewah dalam bentuk kereta BMW, jam tangan Rolex dan pen Mont Blanc.

     

    2. Komisyen dijana pantas.

    Melalui sistem pengurusan yang teratur dan kakitangan sokongan yang lengkap dan cekap, agensi IQI dapat menyelesaikan pembayaran komisyen kepada semua Perunding Hartanah kami dalam masa 7 hari bekerja, dari tarikh jualan dimeterai secara rasmi.

     

    Klik sini dan mulakan kerjaya ejen hartanah anda dengan IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!

     

    3. Latihan professional.

    Di IQI, kami sentiasa memastikan semua Perunding Hartanah dilatih secara profesional untuk memiliki ciri-ciri yang bagus dan positif sebagai seorang usahawan dalam kerjaya mereka.

    Oleh itu, Perunding Hartanah di IQI dilatih setiap minggu di luar dan juga di dalam talian, untuk meningkatkan ilmu mereka di dalam industri hartanah, serta meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang teknologi dan perkembangan peribadi (personal growth).

    Di dalam talian, IQI mempunyai laman web IQI Atlas dan Akademi IQI yang direka oleh pasukan kami sendiri. Laman tersebut mempunyai lebih daripada 40 kursus latihan yang ditawarkan khas untuk perunding-perunding IQI.

     

    4. Mewujudkan platform antarabangsa.

    Bermula di Malaysia, agensi IQI mempunyai platform antarabangsa dengan beribupejabat di Malaysia, dan berkembang ke Dubai, Vietnam, Thailand, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, dan Kanada.

    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang harta tanah dari negara-negara tersebut, yakinlah bahawa Perunding Hartanah IQI kami dapat memberi pertolongan yang lengkap dan memuaskan.

    Kini, IQI mempunyai Perunding Hartanah profesional seramai 15,000 orang di Malaysia.

     

    5. Masa depan yang cerah melalui penggabungan Juwai-IQI.

    Melalui penggabungan dengan Juwai.com, laman web yang dimulakan dari China yang telah mencapai 3.3 juta pengguna pada setiap bulan dengan 2.8 juta penyenaraian dari 91 negara.

    Dari penggabungan Juwai-IQI, ejen-ejen kami akan diberi peluang untuk mencapai pelabur-pelabur hartanah dari China yang ingin membeli hartanah di seluruh dunia.

     

    Kehidupan perunding hartanah boleh menjadi sukar tetapi ia juga boleh menjadi kerjaya yang sangat bermanfaat jika anda bermotivasi tinggi, rajin, jujur, dan suka menolong orang.

    Tanya diri anda, adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah? Jika ya, sertai kami di IQI!

    Kami menunggu ketibaan anda!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah di IQI

    Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah di IQI

    Tanya diri anda, adakah anda berminat untuk menjadi seorang Perunding Hartanah?

    Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah semangat membantu orang.

    Ada sesetengah orang, pada awalnya mereka tidak meminati sesuatu pekerjaan. Tapi, lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri sedikit demi sedikit yang akhirnya dia mencintai  kerjaya tersebut. Sebenarnya, sifat dan tabiat yang penting ialah kemahuan dan kesungguhan untuk belajar!

     

    Apakah kelebihan menjadi seorang Perunding Hartanah?

    • Pengurusan masa yang fleksibel.
    • Pendapatan komisen yang tiada had.
    • ‘Networking’ dengan banyak pihak.
    • Ilmu dan pengalaman berharga.
    • Peluang kerjaya yang besar.

     

    Meninjau Agensi Hartanah yang anda minati.

    Bagaiamanakah cara memilih Agensi Hartanah yang terbaik untuk anda?

    • Sistem komisen yang terbaik untuk anda iaitu BnB (basic + bonus).
    • Latihan eksklusif dan komprehensif setiap minggu.
    • Suasana positif di mana setiap orang mahukan kejayan dinikmati bersama.

    Ingat, jangan hanya memilih syarikat tanpa melakukan sebarang semakan atau penyelidikan, termasuk dalam talian dan luar talian.

    Klik sini dan mulakan kerjaya ejen hartanah anda dengan IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!

     

    Apakah kursus dan latihan yang diperlukan?

    Melalui laman web BOVAEP (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta):

    Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding dan dalam tempoh itu, anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

    Klik disini untuk mengetahui langkah-langkah permulaan kerjaya Perunding Hartanah di Malaysia.

     

    Tiba masanya untuk memohon lesen Ejen Hartanah (REN).

    Di Malaysia, anda perlu mengikuti kursus persijilan wajib NCC (Negotiators Certification Course) selama dua hari, untuk membolehkan anda mendaftarkan diri sebagai Perunding Hartanah (REN). Ini adalah sebahagian daripada usaha BOVAEP untuk meningkatkan profesionalisme dalam industri hartanah dan menyingkirkan broker haram.

     

    Anda mencari peluang untuk capai kejayaan?
    Anda punyai niat untuk tingkatkan kemahiran anda? Mahu menjadi lebih baik dari hari ini?

    Nak mengubah haluan kerjaya? Jom ambil peluang ini untuk mencapai kejayaan yang baru untuk anda. Di IQI, kami sentiasa komited untuk memberi pengalaman yang penuh dengan peluang-peluang yang positif.

    Tunggu apa lagi? Sertai IQI hari ini!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com

  • Jom Jadi Perunding Hartanah di IQI

    Jom Jadi Perunding Hartanah di IQI

    Kerjaya sebagai Perunding Hartanah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

    Bayangkan, untuk setiap penjualan rumah, kita dapat menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka. Jualan sebuah rumah membolehkan kita menikmati hasilnya sekitar 3 bulan. Umur bukanlah penghalang untuk kita menjadi seorang Perunding Hartanah.

    Jika anda ingin ceburi kerjaya sebagai Perunding Hartanah, eloklah baca artikel ini sebagai panduan tentang skop kerja dan kelebihan menjadi ejen hartanah.

     

    Skop kerja Perunding Hartanah ketika berurusan dengan pemilik hartanah:

    • Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
    • Membuat pemeriksaan hartanah.
    • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
    • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
    • Memastikan hak-hak pemilik hartanah terjaga.

     

    Skop kerja Perunding Hartanah ketika berurusan dengan pembeli hartanah:

    • Membina hubungan baik dengan bakal pembeli.
    • Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
    • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
    • Menjalankan rundingan.
    • Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
    • Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.

     

    Klik sini dan mulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah di IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!

     

    Apakah kelebihan menjadi Perunding Hartanah di IQI?

     

    Masa Depan Dalam Kawalan Kita.

    Dengan menjadi seorang Perunding Hartanah, masa depan anda terletak di tangan kita sendiri, bukan lagi majikan. Kita bertanggung jawab untuk menentukan hala tuju masa depan kita.

    Dengan berusaha 100% sebaik mungkin, kita akan berjaya. Sebaliknya, jika kita tidak berusaha langsung, kita pasti akan gagal.

     

    Pendapatan Yang Lumayan.

    Sebagai  seorang Perunding Hartanah, kita mempunyai peluang untuk menjada pendapatan yang lumayan dan  tiada batasan. Apabila kita fokus pada perjalanan menuju kejayaan, maka lebih banyak peluang-peluang yang akan kita temui.

     

    Pengurusan Masa Yang Fleksibel.

    Kita akan dapat menguruskan masa dengan lebih fleksibel apabila menceburi kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah. Apabila tidak terikat dengan waktu berkerja dari 9 pagi hingga 5 petang, kita dapat merancang masa dengan lebih mudah, terutamanya suapaya kita dapat meluangkan lebih masa dengan yang tersayang.

    Namun, walaupun kita haruslah mengurus masa yang fleksibel ini dengan baik dan optimum supaya sebarang kerja atau aktiviti tidak terjejas dan membawa mudarat.

     

    Masa Depan Cerah.

    Di Malaysia, hartanah akan sentiasa ada permintaan, maka lebih senang hartanah yang kita sedang pasarkan akan terjual. Malah, dengan harga yang semakin meningkat bermaksud jumlah pendapatan yang bakal kita perolehi juga akan turut meningkat!

    Bayangkan, dengan jual sebuah rumah, kita dapat menampung perbelanjaan 3 hingga 5 bulan.

     

    Kerjaya kita sebagai Perunding Hartanah akan berkembang dengan sendiri, melalui langkah, tindakan dan aktiviti masing-masing. Perjalanan (journey) ini tiada paksaan. Kita boleh tambah pendapatan secara separuh masa atau penuh masa sebagai Perunding Hartanah di Malaysia.

    Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi Perunding Hartanah (REN) di Malaysia. Klik disini untuk PART 2!

     

    Anda mencari peluang untuk capai kejayaan?
    Anda punyai niat untuk tingkatkan kemahiran anda? Mahu menjadi lebih baik dari hari ini?

    Nak mengubah haluan kerjaya? Jom ambil peluang ini untuk mencapai kejayaan yang baru untuk anda. Di IQI, kami sentiasa komited untuk memberi pengalaman yang penuh dengan peluang-peluang yang positif.

    Tunggu apa lagi? Sertai IQI hari ini!

     


    Artikel ini adalah petikan dari Blog IqiGlobal.com