Team perunding hartanah IQI Realty di Shah Alam

Jadi Perunding Hartanah di Shah Alam bersama IQI Realty

  • Cawangan IQI Realty Shah Alam (E(1)1584/24), Seksyen 13, Shah Alam.
  • Terbuka untuk lepasan SPM, graduan, pekerja makan gaji, suri rumah dan pesara, sepenuh masa atau sambilan.
  • Kami bantu dari kursus NCC hingga REN Tag dan transaksi pertama anda.

Shah Alam dan kawasan sekitarnya seperti Klang, Setia Alam, Puncak Alam dan Subang ialah antara pasaran hartanah paling aktif di Selangor. Permintaan untuk rumah teres, pangsapuri dan sewaan datang daripada keluarga muda, pekerja sektor industri dan pelajar universiti. Ini peluang yang baik untuk anda membina kerjaya sebagai perunding hartanah (REN) di kawasan sendiri.

iRealty Group ialah team di bawah IQI Realty Sdn Bhd (E(1)1584), agensi hartanah berdaftar dengan LPEPH (dahulunya LPPEH) dan sebahagian daripada rangkaian IQI Global.

Siapa yang kami cari?

Di mana kami merekrut?

Kaizen Team di bawah IQI Realty sedang aktif merekrut perunding hartanah di kawasan berikut, dengan team leader di setiap kawasan untuk membimbing anda secara dekat.

WilayahKawasan
Selangor & Lembah KlangShah Alam, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Saujana Utama, Sungai Buloh, Damansara, Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya
SelatanMelaka, Seremban, Kuala Pilah
UtaraPulau Pinang, Seberang Perai, Sungai Petani, Alor Setar

Anda tidak perlu tinggal di Shah Alam. Daftar minat dan nyatakan kawasan anda, kami akan sambungkan anda dengan team leader terdekat.

Apa yang anda dapat bersama kami?

SokonganKeterangan
Bimbingan pendaftaranBantuan mendaftar kursus NCC dan menyusun dokumen permohonan REN Tag
Latihan berkalaLatihan untuk ahli baharu tentang prospecting, viewing, follow up dan closing
MentorBimbingan daripada perunding berpengalaman dalam team
TeknologiAplikasi IQI Atlas dan PropMall untuk listing dan co-marketing dengan perunding lain
Jenama antarabangsaSebahagian daripada rangkaian IQI Global dengan cawangan di seluruh Malaysia

Bagaimana cara sertai?

  1. 1

    Daftar minatBorang atau WhatsApp

  2. 2

    Sesi taklimatKenali team dan cara kerja

  3. 3

    Kursus NCC2 hari · ~RM648

  4. 4

    REN TagDipohon oleh agensi

Baca panduan penuh: kursus NCC 2026 dan panduan REN Tag.

Sedia untuk mula di Shah Alam?

Isi borang daftar minat atau WhatsApp kami terus. Team kami akan menghubungi anda dalam 48 jam bekerja.

Daftar Minat Sekarang WhatsApp Kami

Lokasi cawangan

IQI Realty Sdn Bhd (Shah Alam) · E(1)1584/24
58-1, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Soalan Lazim

Saya tiada pengalaman hartanah. Boleh sertai?

Boleh. Kebanyakan ahli baharu bermula tanpa pengalaman. Anda perlukan SPM, umur 18 tahun ke atas dan bukan bankrap untuk mengambil kursus NCC. Kami bimbing anda dari awal.

Boleh buat secara part time?

Boleh. Ramai bermula secara sambilan sambil bekerja. Anda tetap perlu lulus NCC dan mempunyai REN Tag yang aktif sebelum berurusan dengan klien.

Ada gaji tetap?

Perunding hartanah dibayar melalui komisen daripada transaksi yang berjaya, bukan gaji tetap. Butiran komisen diterangkan secara terus semasa sesi taklimat.

Di mana pejabat IQI Realty Shah Alam?

IQI Realty Sdn Bhd (Shah Alam), E(1)1584/24, 58-1, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Bagaimana cara mula?

Isi borang daftar minat atau WhatsApp kami. Kami akan aturkan sesi taklimat, bantu pendaftaran kursus NCC dan permohonan REN Tag melalui agensi.